Posts

Showing posts from February, 2014

KALAM PIMPINAN: Kebersamaan dalam BKAWM

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi ruang dan peluang untuk menghirup udara yang segar dalam memastikan kehidupan ini terus berjalan walaupun tanpa membayar satu sen pun. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Pimpinan Agung kita iaitu Nabi Muhammad SAW serta kepada ahli keluarga Baginda, kaum kerabat, para tabi’ tabi’in dan seterusnya kepada para penyambung rantai perjuangan Islam yang sentiasa berjuang bagi memastikan Islam tetap berada di dada kita. Firman Allah SWT: وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ Ertinya : “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,

Pimpinan BKAWM Ziarah Kelahiran Baru

Image
KAHERAH, 19 Februari 2014- Barisan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah mengadakan ziarah ke rumah ahli yang baru menerima kelahiran baru pada 16 Februari 2014 yang lalu. Saudara Muhd Bazli bin Zakaria dan pasangannya menyambut kelahiran cahaya mata yang kedua pada 10 Februari 2014 yang lalu. Muhammad an-Nabawi bin Muhd Bazli lahir dengan berat 3.8 kg di Hospital Az-Zahra, Hayyu Rabaah. Turut disampaikan cenderahati daripada barisan kepimpinan BKAWM sesi 2013/2014. Semoga putera yang dilahirkan ini bakal menjadi pejuang harapan ummah dan memberi kekuatan kepada perjuangan menyebarkan dakwah Islam. "Meneguh Ukhuwah, Menjana Tarbiah" "Satu Fikrah Satu Amal"

Kelahiran Mutiara BKAWM

Image
KAHERAH, 14 Februari- Lajnah Kebajikan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menyampaikan sumbangan kepada saudara Muhd Bazli bin Zakaria bersempena kelahiran cahaya mata beliau yang kedua pada hari Rabu yang lalu. Saudara Bazli yang juga merupakan Ketua Penasihat BKAWM sesi 2013/2014 telah menerima sumbangan daripada saudara Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh, Timbalan Yang Dipertua dalam kunjungan yang dilakukan oleh pihak Ahli Jawatankuasa BKAWM ke rumah beliau. Saudara Muhd Bazli dan pasangannya, saudari Nur Hidayah bt Mohd Rafe telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Februari 2014 seberat 3.8 kg. Diharapkan semoga putera yang dilahirkan bakal menjadi aset yang berharga untuk umat dan penggerak utama perjuangan menegakkan agama Islam kelak.

Rehlah Syita' Siswi Mematri Ukhuwah

Image
Kaherah, 9 Februari 2014- Unit Perumahan Dan Rehlah (UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan Rehlah Syita’ Dumyat. Rehlah yang bertemakan “Alam Dihayati, Ukhuwah Terpatri” ini bukan sahaja disertai oleh ahli BKAWM sahaja, bahkan turut dimeriahkan oleh beberapa orang wakil dari BKAN Taakhi, iaitu Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.   Pendaftaran dibuka pada 8 Februari 2014, jam 11.00 malam. Semua peserta berkumpul dan diberikan taklimat disiplin dan keselamatan oleh Timbalan Unit Pengisian dan Disiplin. Perjalanan ke Dumyat dimulakan dan tiba ke destinasi sekitar jam 5.00 pagi. Aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah, membaca mathurat dan surah al-Waqiah beramai-ramai di Masjid ar-Rahman, Dumyat Jadidah. Kemudian, diteruskan lagi dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh saudari Zahidah Izzati binti Johari, Naib Pengerusi HEWI 1 merangkap penasihat program. Peserta sempat menikmati sarapan pagi sebelum bergerak ke pantai

DG Gabungan Menyatukan Ahli

Image
KAHERAH, 01 FEBRUARI 2014 – Semalam Unit Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2013/2014 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014 telah menganjurkan Discussion Group (DG) gabungan ahli Wilayah Persekutuan di padang futsal Markaz Nadi Syabab, Hayyu Sadis. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dalam kalangan ahli DG. Seramai 25 orang hadir untuk sama-sama menjayakan aktiviti tersebut. Program bermula seawal jam 7.30 malam hingga 10.00 malam. Turut hadir Pegawai Pengurusan MAIWP Mesir, Encik Yahya bin Hanif bersama beberapa orang barisan Badan Pengurus PMRAM diketuai BP angkat Wilayah Persekutuan, saudara Hanifulfuad bin Hussin. “Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan dari anak-anak Wilayah Persekutuan, semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar ukhuwah dapat dikekalkan sesama kita”, ujar saudara Mawardi bin Mohd Zain, Ketua Fasilitator Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014. 

SSD Meneguh Ukhuwah Ahli

Image
KAHERAH, 30 Januari 2014 - Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah mengadakan sebuah program khas bagi mahasiswi iaitu Siswi Sports Day (SSD) pada hari Khamis yang lalu. Program yang bertemakan “Solidifying Ukhuwah, Reviving Sunnah” ini telah dijalankan di  Markaz Syabab Musallas, Hayyu Asyir. Program ini telah berjalan dengan jaya dan meriah sekali.  SSD bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran para peserta di lobi Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Hitam, Hijau, Merah Jambu, dan Ungu. Pada jam 8.30 pagi, para peserta menuju ke Markaz Syabab Musallas, Hayyu Asyir dengan menggunakan dua buah van. Setelah semuanya selamat tiba ke destinasi, para peserta melakukan senaman aerobik. Turut diselitkan sesi tazkirah dari saudari Nur Hazirah binti Mat Basri dan taklimat disiplin dari saudari Emyliza binti Mohd Sajadi. Pada jam 9.00 pag