Posts

Showing posts from April, 2015

KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU : ' Home Sweet Home '

Image
فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً  “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah , hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” [Al-Nur 24:61] Bicara hangat di bibir penghuni Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) khususnya tentang rumah. Yang mana bakal menghuni di kediaman baru. Pasti indah bukan, peroleh sesuatu yang baru, tapi jangan lupa akan adab-adab yang diajarkan Islam. Tidak ada nas daripada al-Quran dan sunnah tentang amalan khusus atau bacaan tertentu ketika ingin berpindah rumah baru. Namun banyak adab-adab ketika hendak masuk ke rumah dan ketika menziarahi rumah yang disebutkan melalui hadith Rasulullah SAW dapat kita aplikasikan ketika melangkah masuk ke rumah baru.

MASYUK 2.0 MERAIKAN USAHA AHLI

Image
         KAHERAH, 16 APRIL 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan satu Majis Kesyukuran (MASYUK 2.0) bersempena dengan perpindahan ahli Wilayah Persekutuan ke penempatan sementara di Hayyu Safarat.           MASYUK 2.0 pada kali ini yang bertemakan " Bersama Bersatu " adalah bertujuan untuk meraikan penat lelah ahli BKAWM yang berada di asrama mahupun rumah sewa serta tidak dilupakan juga kepada BKAN taakhi iaitu PMRAM Cawangan Terengganu yang banyak membantu sepanjang tempoh perpindahan berlangsung.

KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU: Musafir Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Image
“Abah, cuti ni jom kita per gi ber jalan-jalan , ” ujar si anak kecil. “Boleh sayang . Kel uar bermusafir itu bu kan kah sunnah Rasulullah SAW . Tapi, sebelum itu kita perlu tahu d ah ulu adab dan sunnah baginda SAW ketika bermusafir, ” senyum si bapa. B ermusafir mempunyai banyak faedah. Sabda Nabi SAW, سافروا تصحوا وتغنموا  “Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung”  Dalam riwayat lain menyebut, سافروا تصحوا وتسلموا ” Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera”. Terdapat beberapa adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita ketika bermusafir. Yang pertama, s ebelum memulakan perjalanan, Rasulullah SAW menggariskan agar niat dan tujuan bermusafir adalah baik dan betul. Bertepatan dengan sabda Baginda SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat... “ . Niat merupakan asas ibadat di dalam Islam. Para fuqaha’ berpandangan bahawa hanya niat yang membezakan di antara ibadat da

TINTA DAKWAH: Ukhuwah

Image
                       Assalamualaikum  w arahmatullah, Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammad Alhamdulillah selepas mengeluarkan artikel sulung untuk sesi ini, iaitu pada bulan lalu dengan tajuk  ‘ SALAM ’ , kini Tinta Dakwah kembali  lagi  bagi menyambung nask h ah  ‘Tinta Dakwah’  dengan tajuk yang pastinya lebih menarik. Apab ila  di sebut saja tentang ukhuwah ,  pasti semua mafhum bahawa ukhuwah itu adalah satu perhubungan, persaudaraan sesama insan dan yang seerti dengannya.  Namun,  berapa ramai yang mengetahui bagaimanakah ukhuwah itu sebenarnya? Ya, Itulah tajuk yang ingin Tinta Dakwah kongsikan  untuk bilangan kali ini .  UKHUWAH .  Mungkin ada yang sudah  tahu. Tet api tidak mengapa ‘ Bagi y ang  su dah tahu mari pakat -pakat  baca  bagi  mantapkan  lagi  ingatan . Bagi  yang t id ak tahu ,  mari baca  untuk  tambahkan pengetahuan.

KENYATAAN YDP BKAWM "MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2014/2015"

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selaut kesyukuran kita panjatkan kepadaNya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh pejuang dan pendukung agama Islam. Para sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian, Islam telah menggariskan beberapa perkara penting dalam memastikan gerak kerja amal Islami agar ianya dapat dijalankan secara kolektif. Seperti firman Allah SWT dalam surah as-Sof ayat ke-4: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang  untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

RISALAH BIAH SOLEHAH: Saf Solat Berjemaah Rapat dan Lurus Bukti Mencintai Rasulullah

Image
               Menjadi kebiasaan bagi imam sesebuah solat berjemaah bagi mengungkapkan sepotong hadis Rasulullah SAW ketika hendak mendirikan solat berjemaah . Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.” (Hadis Riwayat Muslim) Namun seruan itu sering diabaikan oleh masyarakat sebahagiannya mengaku cintakan nabi Muhammad SAW, namun memandang ringan akan seruan baginda SAW . Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut i sunnah -sunnah  Baginda SAW .

MAKLUMAN PERPINDAHAN PUSAT PENTADBIRAN BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM)

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) ingin memaklumkan bahawa pentadbiran BKAWM yang berpusat di alamat 24 El-Mahdi Ibn Barakah Street, 7 th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic of Egypt kini ditutup operasinya bermula pada 21 Mac 2015 yang lalu sehingga pada waktu yang akan dimaklumkan kemudian.

BKAWM KELUARGA KITA!

Image
  Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dengan limpah dan kurniaNya, serta rahmat dan inayahNya pada hari ini kita dapat hidup dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga taufiq dan hidayahNya terus menyinari hidup kita sehingga kita dapat berkumpul dengan Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW di hari kiamat kelak. Selawat dan salam ke atas baginda, Rasulullah SAW serta ahli keluarga b aginda yang mulia . J ika bukan kerana perjuangannya bersama para sahabat kita tidak akan dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat i man dan Islam. Kesatuan merupakan satu agenda yang amat dituntut oleh baginda Nabi Muhammad SAW .  D alam hadisnya , baginda SAW memberitahu kepada kita tentang erti pentingnya persatuan dan kesatuan.