Posts

Showing posts from August, 2014

XPDC '14 Menyingkap Sejarah al-Fayoum

Image
KAHERAH, 26 Ogos 2014- Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan Ekspedisi Jejak Fayoum 2014 (XPDC ‘14) pada 21 Ogos yang lalu bagi siswa dan 23 Ogos yang lalu bagi siswi. Dengan bertemakan “Alam Ditelusuri, Erat Silaturrahim”, XPDC ‘14 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 15 orang peserta siswa dan 35 orang peserta siswi.           Bersesuaian dengan temanya, XPDC ‘14 diadakan bagi mencapai dua objektif utama. Objektif pertama ialah meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T dengan menghayati dan mentadabbur alam ciptaan-Nya. Manakala objektif yang kedua ialah mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. Kedua-dua objektif ini diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang XPDC ‘14.           Para peserta XPDC ‘14 dibawa untuk melihat tempat-tempat bersejarah di kota ibrah Fayoum. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Wadi ar-Rayyan, Istana Qarun, Tasik Qarun, Taman Ai

SALAM '14- Aidilfitri Dirai, Solidariti Dihayati

Image
KAHERAH, 12 Ogos 2014 – Pada tanggal 29 Julai 2014 bersamaan 2 Syawal 1435 telah berlangsung Sambutan Aidilfitri BKAWM 2014 (SALAM ’14), anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014. Dengan bertemakan ‘Aidilfitri Dirai, Solidariti Dihayati’, program ini diadakan bertujuan menyatakan sokongan dan solidariti BKAWM kepada Palestin di samping menyambut Aidilfitri. Antara objektif yang disasarkan oleh pihak penganjur program ialah: 1. Memperkasakan pengaplikasian sunnah dalam realiti kehidupan. 2. Meningkatkan thaqafah dan kemahiran dalam kalangan ahli. 3. Memupuk pembangunan individu muslim Rabbani. 4. Memanifestasikan ukhuwah dalam kalangan ahli.                      Aktiviti dijalankan seawal pukul 6:00 pagi dengan penyiaran Radio Raya oleh dua orang deejay .  Kemudian, pada pukul 8:00 pagi, tazkirah dhuha disampaikan oleh saudara Muhammad Ilman Bin Abdul Razak. Selepas itu, para peserta disajikan dengan sarapan raya yang dised

KALAM PIMPINAN: PERMAS Meneguh Kesatuan Ahli di Muhafazah

Image
Assalamualaikum w.b.t :(قال النبي (ص "لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه" Maksudnya: “Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”           Marcapada kini, seringkali kita mendengar masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat tidak kira latar belakang pengajian. Hal ini berlaku kerana sifat egocentric yang menebal dalam diri masing-masing serta faktor-faktor sampingan yang lain. Perkara ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan perpecahan yang teruk sesama umat Islam pada masa akan datang.           Sehubungan dengan itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah ditubuhkan seawal tahun 1998 dengan tujuan bagi menaungi anak-anak Wilayah Persekutuan yang bermastautin di perantauan Mesir. Alhamdulillah, setelah sekian lama, BKAWM berjaya menyatukan anak-anak Wilayah Persekutuan tidak kira di bumi Kaherah mahupun di muhafazah.           Tambaha

IHTIRAM ’14 MEMBINA TARBIYAH RUHIYAH

Image
KAHERAH, 10 Ogos 2014 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah menganjurkan program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2014/1435 H (IHTIRAM ’14) pada sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Dengan bertemakan “Ibrah Ramadan, Inspirasi Perjuangan”, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meningkatkan thaqafah dan kemahiran ahli serta membentuk pembangunan insan muslim rabbani.                                    Antara aktiviti yang telah diadakan di dalam program IHTIRAM ’14 ialah diskusi kitab “Al-Qiraat Manhaj Al-Hayat”, daurah kitab “Syamail Muhammadiyyah”, solat sunat terawih di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) dan masjid-masjid di sekitar Kaherah serta aktiviti Maidah Rahman dan Syantah Ramadan . Iftar Jamaie dan Iftar Mahabbah juga diadakan bagi mengeratkan ukhuwah antara ahli BKAWM sendiri. Selain itu, aktiviti amal dan malam gema takbir turut diadakan pada bulan Ramadan ini. Suasana cukup meriah meskipun ramai ahli BKAWM yang pulang ke Malaysi

Kembara Mahabbah Mengunjungi Permata BKAWM

Image
KAHERAH, 7 Ogos 2014- Barisan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah mengadakan Kembara Mahabbah ke cawangan Zaqaziq sempena Aidilfitri sekaligus menziarahi ahli yang baru menerima kelahiran baru pada 4 Ogos yang lalu.           Saudari Hakimah binti Mohamed yang juga merupakan mantan Timbalan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan BKAWM sesi 2008/2009 selamat melahirkan seorang puteri sulung pada jam 5.30 petang waktu tempatan di Hospital Madinah, Zaqaziq. Berat bayi berkenaan sekitar 2.7 kg.           Sebelum pulang, pihak AJK HEWI BKAWM yang diketuai oleh Naib Pengerusi HEWI 2, saudari Nur Hazimah binti Mat Basri menyampaikan cenderamata dan sedikit sumbangan kepada saudari Hakimah dan pasangannya, saudara Mohd Shobri bin Mat Yaakob. Semoga dengan kehadiran srikandi kecil ini bakal menjadi penyeri bahtera rumahtangga yang dibina seterusnya menjadi srikandi pejuang harapan ummah pada m

KALAM PIMPINAN: Ibrah Syawal

Image
          Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Syawal, setelah sebulan menjalani madrasah ramadan pada tahun ini. Bulan Syawal juga, merupakan bulan kemenangan yang diberikan kepada umat Islam setelah sebulan umat Islam bertungkus lumus menjalani madrasah tarbiah Ramadan dengan penuh kesabaran. Mudah-mudahan setiap amalan yang dilakukan dapat menatijahkan taqwa.           Sebelum berbicara lebih lanjut, saya ingin pembaca mengimbau seketika sejarah suci yang berlaku pada 17 Syawal iaitu peperangan Uhud yang berlaku di Bukit Uhud. Terdapat beberapa fakta yang secara zahirnya merupakan sebuah kekurangan bagi tentera Islam. Antaranya dari segi bilangan tentera Islam ketika berlakunya peperangan iaitu seramai 1000 orang sahaja berbanding tentera musuh seramai 3000 orang. Namun, kita dapat lihat bagaimana Uhud membentuk fikrah para sahabat supaya wala’ dengan sesuatu arahan dari pimpinan atasan sama ada dalam keadaan sukar

Ziarah Mahabbah Mengerat Hubungan Dua Hala

Image
KAHERAH, 4 Ogos 2014- Barisan AJK Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah mengadakan Ziarah Mahabbah sempena Aidilfitri ke Markas HEWI PMRAM 2014 yang bertempat di Hayyu Sabie. Seramai 6 orang AJK HEWI BKAWM telah berkunjung ke markas yang diketuai oleh saudari Nur Hazimah binti Mat Basri selaku Naib Pengerusi HEWI 2 merangkap pemangku Naib Pengerusi HEWI 1.           Kunjungan bermula seawal jam 10 malam dan berakhir pada jam 12 malam. Pelbagai juadah disediakan oleh tuan rumah. Aktiviti ziarah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni dan penuh mahabbah. Pelbagai perkara yang bermanfaat dibicarakan dan dibincangkan.           Seterusnya, AJK HEWI yang hadir sempat bertaaruf dan saling bertukar-tukar maklumat diri dengan tuan rumah di samping mendengar ucapan daripada wakil bagi kedua-dua pihak. Saudari Farida Hamimie binti Mohd Saupi, Ketua Unit Kesenian, Kebudayaan dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM mewakili tuan rum

Futsal Aidilfitri Mendapat Sambutan

Image
KAHERAH, 3 OGOS 2014 – Semalam Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014 telah menganjurkan aktiviti  futsal sempena musim Aidilfitri yang telah menjelma tiba. Suasana aktiviti cukup meriah dengan kehadiran mahasiswa yang pelbagai latar belakang pengajian seramai 25 orang. Turut hadir ialah ketua penasihat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, saudara Mohd Bazli bin Zakaria dan penasihat Perubatan Ain Syam, saudara Fathoni. Aktiviti bermula seawal jam 10.00 malam sehingga 12.00 tengah malam bertempat di padang futsal Gunners. “Alhamdulillah walaupun kepulangan anak-anak Wilayah yang begitu ramai, kita berjaya juga untuk mengeratkan silaturrahim melalui aktiviti bermain bola sesama mahasiswa-mahasiswa Wilayah Persekutuan yang berbaki di perantauan Mesir," ujar saudara Ahmad Mustaqim bin Ramli, Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014. Harapan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir agar ikatan ukhuwah sesama ahli dapa

Pameran Free Gaza Menyuntik Kesedaran Mahasiswa

Image
  Kaherah, 3 Ogos 2014– Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan pameran Free Gaza pada 28 Julai yang lalu bersamaan 1 Syawal. Pameran tersebut diadakan bersempena Sambutan Aidilfitri BKAWM 2014 (SALAM ’14) yang bertemakan “Aidilfitri Dirai Solidariti Dihayati".            Pameran tersebut telah diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Waktu pameran bermula sejurus selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan berlanjutan sepanjang hari. Sasaran pameran tersebut adalah khusus untuk anak Wilayah Persekutuan yang masih berada di Mesir dan umumnya untuk semua mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil.            Objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk menyuntik kesedaran mahasiswa tentang isu umat Islam sekarang di Palestin khususnya di Gaza. Pameran tersebut mendapat sambutan yang sangat meriah dari kalangan mahasisiwa sekitar Kaherah. Pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Iftar Jamaie Anjuran Bersama PPMM dengan BKAWM Meriah

Image
KAHERAH, 27 JULAI 2014 – Sebuah Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 27 Julai yang lalu iaitu pada malam terakhir Ramadhan bersama anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir. Majlis tersebut merupakan anjuran bersama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dengan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014.           Majlis bermula seawal jam 5.00 petang dengan ucapan daripada Yang Dipertua BKAWM 2013/2014, saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman, Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Haji Ahmad Yahya bin Mohd Haniff dan TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan Pak Ku.           Majlis diteruskan dengan aktiviti khatam Al-Quran dan tahlil yang diketuai oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria. Para hadirin dijamu dengan juadah yang disediakan sesudah solat Maghrib. Turut hadir Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) merangkap Menteri Penasih