Posts

Showing posts from May, 2018

[ KALAM PIMPINAN: HOW TO SUCCEED ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: HOW TO SUCCEED ] Segala puji dan syukur dipanjatkan  ke hadrat Ilahi, tuhan yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu, dan dengan cahaya petunjukNya mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah bersusah payah membawa risalah agama tercinta ini. Tanpa kesungguhan dan kesabaran baginda, sudah tentu kita tidak dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Firman Allah SWT : قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ﴿٣}وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥} Maksudnya:- Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman ☆ Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya ☆ Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia ☆ Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu