Posts

Showing posts with the label Gambar

[BERITA: LAWATAN YANG MEMBAWA KEMUDAHAN]

Image
KAHERAH, 22 Januari 2017 - Satu lakaran baharu buat potret sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), apabila anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir digembirakan dengan berita pengumuman Asrama Baharu Wilayah Persekutuan yang terletak di Hayyu Sabie', Kaherah.

Ziarah Mahabbah Mempamer Komitmen BKAWM Terhadap Ahli

Image
KAHERAH, 16 September 2014 – Barisan AJK HEWI Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah melakukan Ziarah Mahabbah ke beberapa rumah ahli di muhafazah sepanjang bulan Ogos yang lalu. Ziarah Mahabbah ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan BKAWM. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan Lajnah Kebajikan sendiri.           Antara aktiviti yang dijalankan semasa Ziarah Mahabbah adalah taaruf ringkas AJK HEWI sesama ahli, membuat culaan keselamatan dan situasi terkini ahli dari sudut pengajian, kebajikan dan sebagainya. Di samping itu, turut diedarkan bahan-bahan bacaan daripada unit-unit BKAWM seperti risalah bulanan, Putra Digest dan juga kad ucapan AJK HEWI sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas.           Antara muhafazah yang sempat diziarahi dalam Ziarah Mahabbah pada kali ini  ialah  Mansurah,  Zaqaziq, dan Sayyeda Zainab. Tujuan Ziarah Mahabbah ini dijalankan a...

Kepulangan Tokoh Mahasiswi BKAWM

Image
KAHERAH, 18 Disember 2013- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan kepulangan seorang lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti buat persatuan ini. Beliau adalah saudari Afifah binti Ramli yang merupakan graduan Ijazah Bahasa Arab Universiti al-Azhar cawangan Mansurah. Meskipun berada jauh di Mansurah, beliau tetap aktif memberikan sumbangan kepada BKAWM sama ada dari segi tenaga, masa mahupun buah fikiran. Pengalaman selama 6 tahun di Mesir tidak dibazirkan malah disalurkan sepenuhnya dengan berbakti kepada persatuan. Beliau merupakan antara tokoh yang bersama-sama melakar sejarah BKAWM dan menyaksikan secara langsung perpindahan secara rasmi anak-anak Wilayah Persekutuan ke Asrama Rumah Wilayah Persekutuan pada tahun 2009. Saudari Afifah pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Unit Penerangan dan Penerbitan sesi 2010/2011, Timbalan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2011/2012 dan Timbalan Ketua Fasilitator sesi 2012/2013. Beliau juga t...

Generasi Cemerlang Harapan Ummah

Image
KAHERAH, 14 Disember 2013- Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2013/2014 telah menganjurkan sebuah program motivasi 'Hamlah Nahjul Mutafawwiqin' bersempena peperiksaan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Program ini adalah khusus untuk ahli-ahli BKAWM sama ada yang menetap di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) mahupun yang tinggal di rumah sewa. Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi para ahli yang hadir. Program yang bertemakan 'Generasi Cemerlang Harapan Ummah' ini dimulakan seawal jam 4.50 pagi dengan solat Subuh berjemaah dan alunan qasidah dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKAWM sesi 2013/2014. Majlis diteruskan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Saudara Tuan Muhammad Akmalhakim bin Tuan Mazri, mahasiswa perubatan dari Universiti Ain Syams. Terdapat juga sesi pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dikelola oleh unit khas sains kesihatan, Team Medik. Program terus dimeriahkan oleh DJ pagi dan pameran ...

Kunjung Hormat Kepimpinan HEWI BKAWM Sesi 2013/2014 ke Pejabat HEWI PMRAM

Image
KAHERAH, 14 Disember 2013 - Barisan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM sesi 2013/2014 telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat HEWI PMRAM yang bertempat di Hayyu Sabie. Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan barisan HEWI BKAWM dan seterusnya perkenalan barisan HEWI PMRAM sesi 2013. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab daripada kedua-dua belah pihak. Pelbagai perkara dibincangkan bersama bagi memastikan kelangsungan dakwah dan kelancaran gerak kerja. Kemudian, ucapan daripada Naib Pengerusi Hewi 1 BKAWM sesi 2013/2014, Saudari Zahidah Izzati binti Mohd Johari yang mengharapkan agar hubungan antara kedua-dua belah pihak lebih erat terjalin dan berjalan dengan lancar. Sebelum berakhir, Saudari Siti Sarah binti Bushari, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM sesi 2013 menyampaikan ucapan penutup dan kalam nasihat. Beliau mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa sifat pertama yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin adalah sikap ingin belajar dan sanggup berubah. Selain itu, s...

Mangsa Samun Terima Sumbangan

Image
KAHERAH, 11 Disember 2013 -  Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir mengucapkan takziah dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang kepada seorang ahli BKAWM yang telah dirompak saudara Fakhrullah bin Rasul pada hari Sabtu yang lalu. Sumbangan disampaikan oleh saudara Nik Muhammad Azahari bin Nik Salleh, Timbalan Yang Dipertua BKAWM Sesi 2013/2014 merangkap Ketua Lajnah Kebajikan. Saudara Fakhrullah bin Rasul merupakan mahasiswa Pengajian Ulum Islamiah yang pada ketika itu sedang dalam proses pemindahan barang ke Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Kejadian berlaku sekitar jam 4.00 petang apabil a saudara Fakhrullah menaiki teksi dari rumah sewanya di kawasan Abou Romy. Beliau tidak meminta bantuan daripada sesiapa disebabkan jarak perjalanan yang dekat. Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi menggunakan jalan pintas dengan alasan jalan ketika itu sesak. Pemandu teksi itu mengambil kesempatan untuk merompak dan menjadikan beliau mangsa keadaan sehingga meni...

MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014

Image
MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang daripada AJKT BKAWM Sesi 2013/2014 iaitu saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri telah memohon untuk meletakkan jawatan sebagai AJKT BKAWM bagi sesi ini oleh kerana beliau tidak lagi menyambung pengajian di Mesir dan telah pulang ke tanah air. Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah mengambil keputusan untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi menggantikan posisi yang kosong tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang kelima (5) yang berbunyi: “Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halang...

Sya'ban Persiapan Menyambut Kedatangan Ramadhan.

Image

Ramadhan Countdown.

Image

Salam Syaaban

Image

Selamat Hari Lahir Sahabat Jun

Image
Barisan kepimpinan AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2011/2012 mengucapkan selamat hari lahir kepada semua ahli yang lahir pada bulan Jun.

Examination Booster 06 : The 4 C's

Image

Examination Booster 05

Image

Examination Booster 04

Image

Salam Imtihan

Image
Barisan Kepimpinan BKAWM Sesi 2011/2012 mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Semoga semua ahli BKAWM tenang dalam menghadapi peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang.

Examination Booster 03

Image
Amalan penenang jiwa sepanjang peperiksaan.

UPEP - TETRA Minggu Ini

Image

Examination Booster 02

Image
Niat,Matlamat dan Usaha

Amalan Pilihan Sepanjang Musim Peperiksaan

Image
Amalan-amalan mencari nur Ilahi dalam fatrah imtihan.

Examination Booster 01

Image
Tips untuk menghafal Al-Quran.