Posts

Showing posts with the label risalah kempen lkp

[ RISALAH KEMPEN BIL 03: RUMAHKU SYURGAKU ]

Image
BIL 03  : RUMAHKU SYURGAKU Sebagaimana kita semua sedia maklum, Kempen Rumahku Syurgaku adalah sebuah kempen yang telah dilancarkan di bawah Lajnah Kebajikan dan Perumahan. Kempen ini merupakan program tahunan sepanjang sesi, bermula daripada awal sesi sehinggalah akhir sesi kepimpinan. Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk memastikan setiap rumah, sama ada di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan mahupun rumah-rumah sewa, sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan mempunyai persekitaran yang baik. Tema yang dibawakan bagi kempen untuk sesi ini adalah "Kebersihan Dilestari, Ukhuwah Terpatri". Secara umumnya yang dapat difahami daripada tema ini ialah melalui penjagaan kebersihan, suasana kekeluargaan dapat diwujudkan. Demi merealisasikan tema kempen ini, Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP) BKAWM sesi ini telah pun menggariskan beberapa objektif sebagai kayu ukur untuk mencapai taraf "Rumahku Syurgaku" seperti yang diimpikan, ...

[ RISALAH KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU Bil 02: KEBERSIHAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW ]

Image
BIL 02 : KEBERSIHAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW Kesempurnaan agama mencakupi setiap inci kehidupan umatnya. Islam menyanjung tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan yang istimewa sehingga Nabi Muhammad SAW menegaskan ianya sebahagian daripada iman. Kebersihan dapat dilihat melalui ibadah rutin individu muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wudhu’, pakaian, dan tempat ibadah. Nabi Muhammad SAW menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula daripada tubuh badan baik rohani mahupun jasmani. Sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran juga harus dipastikan kebersihannya. Antara kebersihan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW ialah melalui hadis-hadis sahih yang tersebut: 1. Sunnah memakai wangian bagi lelaki “Rasulullah bersabda: Seseorang yang mandi pada hari jumaat bersuci menurut kemampuannya, memakai minyak rambutnya, atau memakai minyak harum keluarganya, kemudian keluar serta tidak mem...

RISALAH KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU BIL 01 : KEBERSIHAN DIRI DAN KEBERSIHAN LINGKUNGAN

Image
BIL 01 : KEBERSIHAN DIRI DAN KEBERSIHAN LINGKUNGAN “Dari Abi Malik Al-Sya’ri berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hal ini termasuklah dari segi aspek menjaga kebersihan diri, keluarga, masyarakat, negara serta lingkungan.