[RISALAH IQTISODIAH : SIRI 02]

Boikot: Antara Realiti dan Kontroversi
Muhammad Ilman bin Abdul Razak

Siri 02

Sejarah Tindakan Boikot Terhadap Israel

Pemboikotan terhadap produk dan sebarang perkhidmatan yang datang daripada yahudi zionis atau negara haram Israel telah bermula sebelum penubuhan Israel itu sendiri. Berikutan penentangan daripada negara Arab terhadap peningkatan bilangan penempatan dan kemasukan Yahudi semasa tanah Palestin di bawah pentadbiran British, Liga Arab telah membuat suatu ketetapan agar anggotanya perlu melaksanakan pemboikotan terhadap aktiviti perekonomian yahudi bermula pada tahun 1945.

Selepas deklarasi penubuhan negara haram Israel pada 14 Mei 1948, tindakan boikot pada peringkat Liga Arab diperkemaskan lagi melalui perluasan skop sasaran boikot. Ianya dibahagikan kepada tiga peringkat; peringkat pertama: larangan terhadap sebarang urusniaga antara rakyat negara anggota dengan Israel, peringkat kedua: larangan terhadap rakyat negara anggota berurusniaga dengan entiti perniagaan yang memberikan sumbangan kepada Israel dan peringkat ketiga: larangan menjalinkan hubungan perekonomian antara negara anggota dengan Israel dan entiti perniagaan yang memberikan sumbangan kepada Israel.

[RISALAH BIAH SOLEHAH: INDAHNYA UKHUWAH ISLAMIAH]



Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.” (HR Muslim)

Makna Ukhuwah Islamiah menurut Imam Hasan al-Banna adalah keterikatan hati dan jiwa antara insan  dengan ikatan aqidah. Ukhuwah merupakan salah satu dari tiga unsur kekuatan yang menjadi tunjang masyarakat Islam pada zaman Rasulullah SAW,
Pertama, kekuatan iman dan aqidah.
Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati.
Ketiga, kekuatan kepemimpinan dan senjata.

[RISALAH TINTA DAKWAH : MAKNA REZEKI]





Makna Rezeki

Rezeki adalah:
هُوَ كُلُّ مَا تَنْتَفِعُ بِهِ مِمَّا اَبَاحَهُ اللهُ لَكَ سَوَاءٌ كَانَ مَلْبُوْسٌ اَوْ مَطْعُوْمٌحَتَّى الزَّوْجَة رِزْق، الاَوْلاَدُ وَ البَنَاتُ رِزْقٌ وَ الصِّحَةُ وَ السَّمْعُ وَ العَقْلُالخ
“Segala sesuatu yang bermanfaat yang Allah halalkan untukmu, sama ada  berupa pakaian, makanan, sampai pada isteri. Itu semua termasuk rezeki. Begitu pula anak laki-laki atau anak perempuan termasuk rezeki. Termasuk pula dalam hal ini adalah kesihatan, pendengaran dan penglihatan.”

Abu Yazid al-Busthami, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan seorang pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

[RISALAH AL-HIKMAH : SYARAT-SYARAT MENJADI IMAM]




Syarat-syarat Menjadi Imam

وَعَنْ أبن مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ ، فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً ، فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ ، فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً ، فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً ، فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً ، فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا ، وَلَا يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِي سُلْطَانِهِ ، وَلَا يَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا بِإِذْنه

Dari Ibnu Mas'ud ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Yang mengimami kaum adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran di antara mereka. Jika dalam bacaan mereka sama, maka yang paling banyak mengetahui tentang Sunnah di antara mereka. Jika dalam Sunnah mereka sama, maka yang paling dahulu berhijrah di antara mereka. Jika dalam hijrah mereka sama, maka yang paling dahulu masuk Islam di antara mereka, dan janganlah seseorang mengimami orang lain di tempat kekuasaannya dan janganlah ia duduk di rumahnya di tempat kehormatannya kecuali dengan izinnya." (HR Muslim, no. 1709)

[BERITA : IHTIRAM '17 DAN SALAM '17]



KAHERAH 27 Mei - 25 Jun 2017 : Alhamdulillah syukur di atas nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah SWT dapat lagi kita melalui 2 fasa penting sebagai orang muslim iaitu bulan Ramadan juga merupakan bulan tarbiah seterusnya hari kemenangan Aidilfitri yang baru sahaja disambut beberapa hari sebelum ini. Oleh yang demikian, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016 /2017 tidak terlepas juga untuk meraikan 2 fasa penting ini dengan mengadakan program bagi menghidupkan bulan- bulan ini.

Blogroll

Loading...