Posts

Showing posts from July, 2021

[ BERITA: IBRAH '21 ]

Image
[ BERITA: IBRAH '21 ]  KAHERAH, 21 Julai 2021: Bersyukur ke hadrat Ilahi, program IBRAH '21 telah selamat melabuhkan tirai pada 21 Julai 2021. IBRAH '21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan Hari Raya Aidiladha anak-anak Wilayah Persekutuan yang masih berada di Mesir. Program ini berlangsung selama 6 hari berturut-turut bermula dari 16 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021.  Antara objektif program kali ini ialah: 1. Menyambut Hari Kebesaran Islam Aidiladha 1442H dalam norma baharu. 2. Memupuk sifat pengorbanan serta meningkatkan thaqafah melalui penghayatan ibadah korban. 3. Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli. Pada hari pertama program, telah berlangsung tazkirah subuh khas yang telah disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2020/2021, Saudari Syahidatul Aimi binti Khairuddin serta program gotong-royong dan penyedi

[ KALAM PIMPINAN: BAHTERA KESATUAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: BAHTERA KESATUAN ] بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wrh wbt Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas pemberian nikmat yang tidak terhingga terutamanya nikmat iman dan Islam yang merupakan nikmat terbesar yang wajib kita syukuri. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda. Islam merupakan agama yang menyatukan semua umat manusia tidak mengira bangsa, kaum dan keturunan. Kita boleh melihat semula sirah baginda Nabi Muhammad bagaimana baginda mempersaudarakan antara suatu kaum dengan kaum yang lain. Hasilnya kita boleh lihat dan nikmati Islam yang kini berada di seluruh pelusuk dunia. Islam juga menitikberatkan nilai kesatuan dalam kalangan umatnya. Sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah tuhan kamu maka beribadahlah (kepada-Ku)." (Surah al-Anbiya’

[ MAKLUMAN: DISCUSSION GROUP MANHAJI ]

Image
[ MAKLUMAN: DISCUSSION GROUP MANHAJI ]  Assalamualaikum wbt. الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.   Setelah sekian lama berhempas pulas dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang lalu serta menyelesaikannya. Oleh itu, Discussion Group Manhaji akan bermula seperti biasa pada tarikh 9 Julai 2021. Discussion Group yang dijalankan, bukanlah semata-mata memenuhi hari yang kosong. Tetapi, manfaatkanlah medium ini sebagai medan untuk kita memperbaiki diri, nasihat-menasihati antara satu sama lain bagi mempertingkatkan amal serta menambah pemahaman dan penghayatan Islam.  Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik ap

[ KALAM PIMPINAN: TUNTUTAN AMANAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: TUNTUTAN AMANAH ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Firman Allah SWT: ۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰۤ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَیۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُوا۟ بِٱلۡعَدۡلِۚ   Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” [Surah an-Nisa’: Ayat 58]   Sabda Rasulullah SAW: كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ Maksudnya: “Kalian adalah pemimpin dan kalian akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinan kalian.” (HR. Bukhari dan Muslim)   Setiap daripada kita ada amanah yang perlu ditunaikan. Amanah sebagai hamba Allah, amanah sebagai anak, amanah sebagai pelajar, amanah sebagai pemimpin dan sebagainya. Semuanya akan dipersoal pada hari akhirat kelak. Tidak boleh tidak kita me