Posts

Showing posts from August, 2016

[ BERITA: REHLAH SOIFIAH MATRUH '16 ]

Image
KAHERAH, 13 Ogos 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 telah menganjurkan program rekreasi iaitu Rehlah Soifiah Matruh 2016 (REST ’16). Program ini diadakan semasa musim cuti penghujung semesta 2015/2016 Universiti Al-Azhar, Kaherah bertujuan meraikan ahli BKAWM serta anak-anak Wilayah Persekutuan di Perlembahan Nil khusus untuk ikhwah sahaja yang tidak pulang bercuti di Malaysia. Disamping mengamati keindahan semulajadi, program ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman para peserta melalui tempat-tempat yang diziarahi serta dapat mengikat jalinan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM.     Program mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan (ARWP). Dalam perjalanan para peserta berhenti singgah untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid kemudian meneruskan perjalanan dan berhenti sekali lagi untuk bersarapan di Kafeteria di pertengahan jalan. Perjalanan dit