[BERITA : IFTAR JAMAIE TUNJANG KESATUAN TAAKHI]


KAHERAH, 21 JUN 2017 : Bulan Ramadan semakin hampir melabuhkan tirainya, pelbagai aktiviti semakin giat dilakukan bagi menghidupkan sepuluh malam terakhir.

Pada hari ini, pihak program Ihya Tarbawi Ramadan 2017 (IHTIRAM '17) yang diketuai oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016 /2017 selaku pengarah program Majlis Iftar Jamaie bersama Keluarga Penuntut - Penuntut Terengganu (KPT) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK). Pastinya objektif program ini tidak lain tidak bukan mengeratkan dan menguatkan lagi hubungan silaturahim antara anak - anak Wilayah Persekutuan, Terengganu dan Kedah.

[BERITA : MAJLIS PERASMIAN IHYA' TARBAWI RAMADAN 2017]

KAHERAH, 25 Mei 2017 - Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah melaksanakan perasmian program Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 ( IHTIRAM '17) yang bertempat di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Objektif program kali ini tidak lain tidak bukan bagi menghidupkan dan memeriahkan bulan Ramadan di samping menambah rasa cinta dan kasih kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Program ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Amirul Arif bin Shukri , Pengarah IHTIRAM `17 dan diikuti dengan ucapan serta perasmian oleh saudara Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017.

Setelah selesai ucapan dan perasmian, program diteruskan dengan gimik perasmian Tabung IHTIRAM `17. Tujuan tabung ini diwujudkan bagi mengutip dana untuk menampung aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini di samping memberi galakkan kepada semua untuk bersedekah.

Akhirnya, harapan agar mahasiswa/wi mengambil peluang daripada program yang dijalankan agar Ramadan kali ini menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Ramadan Kareem!

Disediakan oleh,
Setiausaha,
IHTIRAM '17,
BKAWM sesi 2016/2017

"Tarbiah Ramadan Dihayati, Takwa Ilahi Dikecapi"

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu

Blogroll

Loading...