Posts

Showing posts from November, 2014

Makluman Discussion Group (DG) dan Fasilitator - Siswa/Siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015

Image
Berikut adalah senarai Discussion Group (DG) dan Fasilitator bagi setiap siswa dan siwi :

Struktur Organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM sesi 2014/2015

Image

[BERITA: Kunjung Hormat PPMM Mengeratkan Hubungan Dua Pihak]

Image
KAHERAH, 13 November 2014- Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pengurusan Maiwp Mesir (PPMM) pada 11 November yang lalu. Kunjung hormat tersebut telah diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan BKAWM yang baru bagi sesi 2014/2015 di samping bagi memastikan kerjasama antara PPMM dan BKAWM terjalin padu.

[BERITA: Kursus Fotografi]

Image
KAHERAH, 14 November 2014 – Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan  Kursus Fotografi pada 11 November 2014 yang lepas. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan serba sedikit mengenai fotografi dan secara tidak langsung mencungkil bakat ahli BKAWM dalam bidang ini.

Sambutan Hari Asyura BKAWM

Image
KAHERAH,3 November 2014 - Bersempena dengan Hari Asyura pada 10 Muharram, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Sambutan Hari Asyura khas untuk anak-anak  Wilayah Persekutuan, bermula 9 Muharram dan berakhir pada 10 Muharram.                   Pada dua hari tersebut,pihak LDPI telah mengadakan iftar jamaie bertempat di Surau Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).            Pada 10 Muharram, kesemua anak wilayah telah bergotong-royong memasak bubur lambuk sebagai satu simbolik kepada sambutan tersebut. Sejurus selepas solat isyak, aktiviti diteruskan lagi dengan tazkirah khas sempena Hari Asyura yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Arif Bin Haron, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Mesir (BKPJM) sesi 2014/2015. Aktiviti diteruskan lagi dengan pelancaran Discussion Group (DG) yang dikendalikan oleh Ustaz Muhd Syazwan Syamil Bin Muhd Razman,

Jaulah ke Abu Ela’, Persiapan Menghadapi Musim Sejuk dan Mengeratkan Ukhuwah Ahli.

Image
KAHERAH, 2 Oktober 2014 - Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Jaulah ke Abu Ela’ sempena musim sejuk yang bakal tiba.  Seramai 5 siswa dan 26 siswi telah menyertai jaulah ini yang telah disertai oleh mahasiwi yang baru sahaja sampai ke bumi kinanah ini.  Para peserta begitu teruja dengan jaulah ini terutama mahasiswi yang baru itu kerana musim sejuk yang bakal tiba merupakan pengalaman pertama mereka untuk mempersiapkan diri menghadapi musim sejuk dengan membeli baju sejuk di Abu Ela'. Pada jam 9 malam, rombongan jaulah selamat tiba di Abu Ela’ dengan menaiki dua tremco yang telah disediakan . Peserta rombongan dikumpulkan terlebih dahulu untuk diberikan sedikit taklimat ringkas sebelum bergerak ke Abu Ela' dengan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Para peserta hanya diberikan peruntukan masa selama 1 jam 30 minit untuk membeli-belah di Abu Ela’. Kelihatan p ara peserta begitu rancak bermuamalat dengan pe

Pelancaran Discussion Group

Image
ARWP, 3 NOVEMBER - Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) BKAWM sesi 2014/2015 telah membuat pelancaran Discussion Group (DG) BKAWM bagi sesi ini ketika sambutan Hari Asyura Wilayah Persekutuan pada 3 November baru-baru ini.