Kalam Pimpinan: AMANAH BERSAMA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala puji ke atas zat Yang
Maha Kuasa lagi Maha Pengasih yang di atas limpahan kurnia-Nya, hamba-hamba-Nya
masih lagi dapat meneruskan hayat di alam yang fana ini. Setinggi-tinggi
kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang tiada
Tuhan yang berhak untuk disembah melainkan-Nya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad bin Abdullah SAW, Rasul utusan Allah S.W.T ke dunia bagi meratakan rahmat-Nya ke seluruh alam. Tidak dilupakan ahli bait serta para sahabat baginda.
Definisi yuran ialah wang yang dibayar pada waktu yang
tertentu kepada sesebuah persatuan. Membayar yuran tahunan adalah sebahagian
daripada tanggungjawab tahunan ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan
Mesir (BKAWM). Yuran yang dibayar oleh ahli adalah salah satu sumber kewangan
dan digunakan untuk pengurusan pentadbiran, aktiviti-aktiviti BKAWM dan perkara-perkara
lain yang difikirkan perlu. Kewajipan
membayar yuran tahunan dan ketetapan-ketetapan berkaitan kewangan yang
diputuskan disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan BKAWM di dalam Bahagian
Kewangan Fasal 21 dan Fasal 22.
Amatlah penting bagi setiap ahli
BKAWM untuk membayar yuran keahlian bagi memudahkan gerak kerja di peringkat
badan kebajikan berjalan dengan lancar.
Firman Allah S.W.T di
dalam Surah Al-Imran, ayat 92 bermaksud :
“Tiada akan tercapai oleh kamu kebaikan itu
sehingga kamu membelanjakan apa-apa yang kamu sayangi. Dan apa jua pun yang
kamu belanjakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (untuk memberi balasan)”.
Ironinya, setiap ahli BKAWM
wajar menyemak status keahlian mereka dengan menjadi ahli BKAWM supaya
pembayaran yuran tahunan dan tanggungjawab ahli terlaksana. Pastikan anda menjadi pemegang saham kekuatan
kewangan persatuan dan pastikan anda lulus ketika dipersoalkan di Padang
Mahsyar kelak dalam bab tanggungjawab asasi tahunan terhadap jemaah perjuangan
Islam ini.
Bersegeralah untuk berjumpa
dengan Bendahari Agung Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
anda dan jelaskan yuran tahunan anda sebagai ahli BKAWM yang bertanggungjawab.
Wan Abdul Hakim bin Wan Ismail
Bendahari Agung
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
Sesi 2012/2013
Comments
Post a Comment