MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2014/2015



MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2014/2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya BKAWM sesi 2013/2014, saudara Muhammad Daud bin Ashaari pada 19 Oktober 2014 yang lalu iaitu berlaku satu kekosongan dalam barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM sesi 2014/2015.

Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah bersetuju untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi mengisi kekosongan tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang pertama (1):

BKAWM ditadbir oleh lapan (sembilan) orang AJK Tadbir siswa dan tujuh (lapan) orang AJK Tadbir siswi

Dan ceraian yang kelima (5) yang berbunyi:

Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halangan daripada menjawat jawatan tersebut, maka AJK Tadbir berhak memilih dan melantik mana-mana ahli BKAWM untuk mengisi kekosongan dengan tidak melalui Mesyuarat Agung Khas.

Maka, pihak AJKT BKAWM sesi ini telah bermesyuarat pada 23 Oktober 2014 yang lalu dan telah bersetuju untuk melantik saudari Siti Solehah binti Mohd Ardzi, no. Keahlian BKAWM: 1107 bagi mengisi kekosongan AJK HEWI bagi sesi ini.

Pihak BKAWM mengucapkan tahniah buat AJK HEWI baru yang telah dilantik. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT dan sentiasa berada di dalam rahmat-Nya.

Sekian, wassalam.



BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI



MUHAMMAD YASIN BIN AWANG
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2014/2015.


Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]