[ SAMBUTAN ULANG TAHUN BKAWM KALI KE 18 ]



[ SAMBUTAN ULANG TAHUN BKAWM KALI KE 18 ]

Alhamdulillah pada 26 Oktober 2016, Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan Majlis sambutan Ulang Tahun BKAWM kali ke 18 di Dewan Sri Putra, ARWP.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, pengenalan potfolio AJKT HEWI BKAWM sesi 2016/2017 serta Ucaptama yang disampaikan oleh Yang DiPertua BKAWM sesi 2016/2017 saudara Abdul Wafi bin Alias. Majlis diteruskan dengan pengumuman pemenang pertandingan rekacipta Logo BKAWM kali ke 18.

Semoga ukhuwah yang terbina di antara ahli dan pimpinan BKAWM sesi 2016/2017 terpateri hingga ke akhir hayat.













"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Timbal Terima AJKT HEWI BKAWM sesi 2016/2017

Pada 24 Oktober 2016, suatu Majlis Timbal Terima telah diadakan di antara AJKT HEWI BKAWM sesi 2016/2017 bersama mantan AJKT HEWI BKAWM sesi 2015/2016 bertempat di Dewan Sri Putra, Hayyu Sabie'.

Timbal terima ini telah bermula pada 8.00 malam dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh saudara Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017, gimik penyerahan jawatan AJKT HEWI serta diakhiri ucapan daripada saudara Adam Syukri Bin Mohamad selaku mantan Yang Dipertua BKAWM sesi 2015/2016.

Semoga pimpinan BKAWM pada sesi ini dapat memberikan komitmen yang terbaik agar memastikan kebajikan seluruh ahli BKAWM ini terus terpelihara.

 





"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

[Direktori Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017]

Jom kita kenali AJKT baru






 "Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

[ KALAM PIMPINAN TIMBALAN UNIT PENDIDIKAN DAN PENGETAHUAN ]

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi, dimohon limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, diucapkan puji-pujian kepada Allah Rabbul Izzati, diiringi sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Mulia kerana dengan limpah kurniaanNya, kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama bersemangat hadir ke kuliah semula.

Bagi meraikan tahun baru ini, marilah kita sama-sama menanam azam baru supaya tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun dahulu. Firman Allah SWT dalam Surah al- Mujadalah ayat 11


Maksudnya : “Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang- orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan.”

Oleh itu, marilah kita manfaatkan peluang yang ada di bumi nabi Musa ini untuk kita sama-sama menambah dan memantapkan ilmu yang sedia ada.

Selamat kembali ke kuliah. Harapan saya, semoga kita semua mengambil pengajaran dari keputusan peperiksaan yang lalu dan jadikan itu sebagai pendorong untuk kita lebih berjaya pada masa akan datang. Tajdid niat, tanamkan azam, tingkatkan semangat, moga-moga kita tergolong dalam golongan insan yang berilmu dan berjaya memanfaatkan ilmunya.

Seperti “Kalam Hukama"
خير الناس ينفع للناس

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Nurulayuni Binti Khalib
Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM 
Sesi 2015/2016

Blogroll

Loading...