[ KALAM PIMPINAN TIMBALAN UNIT PENDIDIKAN DAN PENGETAHUAN ]

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi, dimohon limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, diucapkan puji-pujian kepada Allah Rabbul Izzati, diiringi sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Mulia kerana dengan limpah kurniaanNya, kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama bersemangat hadir ke kuliah semula.

Bagi meraikan tahun baru ini, marilah kita sama-sama menanam azam baru supaya tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun dahulu. Firman Allah SWT dalam Surah al- Mujadalah ayat 11


Maksudnya : “Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang- orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan.”

Oleh itu, marilah kita manfaatkan peluang yang ada di bumi nabi Musa ini untuk kita sama-sama menambah dan memantapkan ilmu yang sedia ada.

Selamat kembali ke kuliah. Harapan saya, semoga kita semua mengambil pengajaran dari keputusan peperiksaan yang lalu dan jadikan itu sebagai pendorong untuk kita lebih berjaya pada masa akan datang. Tajdid niat, tanamkan azam, tingkatkan semangat, moga-moga kita tergolong dalam golongan insan yang berilmu dan berjaya memanfaatkan ilmunya.

Seperti “Kalam Hukama"
خير الناس ينفع للناس

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Nurulayuni Binti Khalib
Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM 
Sesi 2015/2016

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Loading...