[USMB `17 : MAHASISWA BERILMU, MERIBAT KESATUAN]

BERITA KEDATANGAN PELAJAR-PELAJAR BARU USMB `17




KAHERAH, 16 April 2017 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutun Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB `17) beserta Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM)  telah menyambut  mahasiswa dan mahasiswi  baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 41 orang yang terdiri daripada 25 orang mahasiswa dan 16 orang mahasiswi yang diuruskan dengan  kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa/wi Mesir (ILMAM) Selangor.Turut bersama Ustaz Ahmad Fadli Bin Adam selaku Pegawai  Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Wafi Bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017 dan Ustaz Kaliem Rabbani Bin Abdul Rashid selaku Pengarah USMB ‘17  dalam menyambut mahasiswa/wi  baru di lapangan terbang.



Sekalung penghargaan diucapkan kepada ILMAM Selangor dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)  atas kerjasama dan jasa baik sepanjang menguruskan pelajar-pelajar  untuk ke bumi Mesir. Setelah selesasi urusan di lapangan terbang,para pelajar telah dibawa terus ke Asrama Baharu Wilayah Persekutuan yang terletak di Awal Sabiek untuk urusan penempatan. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Unit Fasilitator dan Pengisian serta diisi dengan kalam aluan oleh Yang Dipertua BKAWM dan Pengarah USMB `17 sepanjang perjalanan pulang ke destinasi .


Sejurus tiba di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, satu majlis ringkas telah diadakan di surau  bagi menyambut kedatangan mereka. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan serta taklimat keselamatan dan pengenalan ringkas perjalanan USMB  `17.

Harapan agar mahasiswa dan mahasisiwi baru sesi 2017/2018 dapat sentisa memperbaharui niat untuk sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu dan mengikut jejak langkah ulama’-ulama’ di bumi Mesir ini.

Disediakan oleh,
Setiausaha,
USMB '17 BKAWM sesi 2016/2017

"Mahasiswa Berilmu, Meribat Kesatuan"
"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Loading...