[BERITA : IFTAR JAMAIE TUNJANG KESATUAN TAAKHI]


KAHERAH, 21 JUN 2017 : Bulan Ramadan semakin hampir melabuhkan tirainya, pelbagai aktiviti semakin giat dilakukan bagi menghidupkan sepuluh malam terakhir.

Pada hari ini, pihak program Ihya Tarbawi Ramadan 2017 (IHTIRAM '17) yang diketuai oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016 /2017 selaku pengarah program Majlis Iftar Jamaie bersama Keluarga Penuntut - Penuntut Terengganu (KPT) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK). Pastinya objektif program ini tidak lain tidak bukan mengeratkan dan menguatkan lagi hubungan silaturahim antara anak - anak Wilayah Persekutuan, Terengganu dan Kedah.








Program yang bermula pada jam 5.30 petang dan bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan itu dimulai dengan Ceramah Mengejar Lailatul Qadar yang disampaikan oleh saudara Abdul Fattah bin Abdul Ghafar. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan qasidah sebelum tibanya waktu berbuka.

Selepas selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah yang dipimpin oleh mahasiswa dari Maahad Qiraat al - Azhar Shubro.





Solat sunat Tarawih juga diselangi dengan tazkirah yang disampaikan oleh mantan Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2015/2016, saudara Ammar Mujahid bin Ab Rashid.

Sebagai penutup bagi majlis kali ini, mahasiswa dan mahasiswi disajikan dengan moreh sebelum bersurai.Pihak program mengharapkan agar majlis seperti ini mampu mengukuhkan lagi tali ukhuwah yang telah lama terjalin.


Akhir kalam, memetik daripada firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10 :

قال الله :(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya : "Sesungguhnya orang - orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah persaudaraan antara kedua-dua saudara dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat-Nya".


Disediakan oleh,
Setiausaha,
IHTIRAM '17,
BKAWM sesi 2016/2017


"Tarbiah Ramadan Dihayati, Takwa Ilahi Dikecapi"
"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]