Majlis Ramah Mesra Mufti Wilayah

Dewan Sri Putra, ARWP.29 Dis.- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM) mengambil kesempatan terhadap kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan ke Mesir Dato Hj Wan Zaidi Wan Teh.

BKAWM menganjurkan ramah mesra bersama Dato Mufti bersama anak-anak wilayah dan yang turut juga hadir adalahpelajar dari negeri-negeri lain bagi menjayakan ramah mesra ini. Turut
bekerjasama dalam majlis ini adalah Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir(PPMM).

Majlis bermula 8:00 malam bertempat di Dewan Sri Putra Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Agenda lebih membicarakan keperluan mahasiswa berpelajaran agama bagi membawa masyarakat ke agama yang sebetulnya.Banyak amanat yang telah disampaikan oleh Dato' Mufti kepada mahasiswa-mahasiswi yang bakal bergelar ustaz dan ustazah agar
memainkan peranan dalam maslahah ummah. Majlis berakhir dalam jam 11:00 malam.




kelihatan YDP BKAWM Abd Somad Abd Aziz memberikan ucapan alu-aluan




Dato Mufti sedang menjawab soalan dari hadirin




Dari kiri, YDP BKAWM Abd Somad abd Aziz, Encik Halim Sulaiman
(PPMM) dan Dato Mufti



Sidang hadirin mengambil peluang bersalaman bersama Dato Mufti

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]