Malam Terakhir DiBumi Mesir

Dewan Sri Putra,ARWP.9 Dis- Patah tumbuh hilang berganti. Anak-anak Wilayah Persekutuan telah menerima Pegawai MAIWP mesir yang baharu. Senario pertukaran pegawai tidak asing lagi di bumi Mesir ini. Senario ini juga sedikti sebanyak menguji kematangan anak-anak Wilayah terutamanya barisan kepimpinan dalam menharungi cabaran yang mendatang.

Encik Abd Halim Sulaiman yang merupakan mantan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang dilantik sebagai Pegawai MAIWP Mesir pada awal 2009 ini telah pulang ke Malaysia bersama isteri Puan Siti Syariana binti Johari pada 10 Disember lalu. Kepulangan beliau digantikan oleh Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff daripada kakitangan MAIWP yang telah pun memulakan tugas beliau sebagai seorang Pegawai yan
g baru bagi anak-anak Wilayah di Mesir ini.

Majlis malam perpisahan diadakan yang dikendalikan sepenuhnya oleh ahli Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) pada malam 9 disember yang lalu. Encik Halim yang berucap pada malam tersebut telah menceritakan pahit getir beliau ketika dahulu untuk menyatukan suara anak-anak wilayah di bumi Mesir ini yang mana kemudian kembali semula ke bumi Anbia' ini sebagai seorang spegawai dan kini beliau meninggalkan Mesir kembali.



Amanat turut disampaikan kepada pelajar-pelajar anak wilayah agar menumpukan pelajaran dan terus pulang kerana ibu dan ayah sedang menanti saat kepulangan kamu.
Encik Ahmad Yahya turut kelihatan dalam majlis tersebut. Semoga dengan kepulangan encik Halim dan kedatangan encik Ahmad Yahya mendatangkan rahmat dan manfaat kita bersama.







Encik Halim memang terkenal seorang yang mesra dengan pelajar



Encik Halim dalam kenangan



Encik Halim dan Isteri dalam sesi bergambar bersama anak-anak Wilayah

yang sudah menamatkan pengajian di Mesir.






Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]