Majlis Wida’ Dua Orang Pejuang BKAWM


4 November 2011, Jumaat - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan Majlis Wida’ (Perpisahan) kepada dua orang pejuang BKAWM iaitu saudara Mohammad Taisir bin Mohd Hussin dan saudara Muhammad Waafi binBadruldin. Beliau merupakan bekas kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir sesi 2010/2011 dan telah pun menamatkan pengajian mereka dalam bidang TakhassusQiraat Shoubra.
Kedua-dua pejuang tersebut telah pulang ke Malaysia untuk meneruskan lagi kesinambungan perjuangan mereka di bumi tercinta dan semestinya untuk menyampaikan mutiara-mutiara ilmu yang telah dikutip di gedung ilmu,Mesir. Kami Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka di atas jasa dan bakti yang dicurahkan semata-mata untuk melihat anak-anak wilayah di Mesir ini mendapat kebajikan yang sempurna dan agenda dakwah dapat diteruskan. Semoga kalian berada di bawah naungan Ilahi dan terus thabat dalam perjuangan di Malaysia nanti.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah