MEKAR '12 - Mengerat Kesatuan, Menyubur Pengorbanan

Kaherah, 27 OKTOBER – Setiap tahun, sambutan Hari Raya Aidil Adha disambut dengan penuh meriah di segenap pelusuk negara Islam. Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) juga tidak terkecuali untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Majlis Eidul Adha dan Sambutan Ulang Tahun BKAWM (MEKAR ’12) telah disambut dengan meriah selama 3 hari di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan program ini antaranya termasuklah program gotong-royong khas sempena MEKAR ’12 yang menerima penglibatan daripada kesemua penghuni ARWP. Selari dangan temanya pada tahun ini, iaitu ‘Taat dalam Pengorbanan Memacu Keunggulan Sahsiah’, MEKAR’12 mempunyai objektif utama untuk memacu keunggulan sahsiah melalui pengorbanan yang perlu dilakukan dalam kehidupan di samping merapatkan ukhuwah antara ahli BKAWM sebagai sebuah institusi keluarga bagi menggantikan keluarga yang jauh di Malaysia. Selain itu, tidak lupa ju...