HTU '12 - Menaut Ukhuwah, Membina Kebersamaan
Kaherah, 5 Oktober 2012 - Urus Setia
Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah mengadakan program Hari Tautan Ukhuwah
(HTU '12) bermula 1 hingga 3 Oktober 2012 yang bertujuan membina persediaan buat
para peserta yang merupakan pelajar - pelajar baru yang tiba di Mesir 29
September lalu.
Pada sesi kali ini, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menerima kedatangan 24 orang pelajar baru yang terdiri daripada 6 orang pelajar Pengajian Islam dan 18 orang pelajar Perubatan.
Program telah berlangsung dengan
lancar dan diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan
(ARWP).
Pelbagai slot menarik telah dijalankan bertujuan memberi persediaan awal kepada mereka dalam memasuki alam mahasiswa di Mesir. Antara yang menarik ialah slot berbentuk pengisian seperti Slot Teknik Muamalah dengan Arab Mesir, Slot Talkshow Alam Mahasiswa, Slot Mesir: Antara Permata dan Kaca serta Slot Forum Motivasi dan Kecemerlangan.
Selain itu, mereka turut diberi pendedahan tentang universiti dan sistem pengkuliahan masing-masing melalui Slot Senat Fakulti. Slot Penerangan Discussion Group pula bertujuan memberi kefahaman akan keperluan dan kepentingan berusrah.

Bukan itu sahaja, para peserta juga
mendapat pengisian berbentuk praktikal melalui slot Gerak Kerja Berkumpulan
(GKB) yang dikendalikan oleh para fasilitator.
Pada hari ketiga pula, para peserta
telah dibawa melawat sekitar Kaherah bersama fasilitator bagi mengenali Mesir
dengan lebih dekat. Antara tempat menarik yang dilawati termasuklah Universiti
al-Azhar, Masjid al-Azhar, Makam Saidina Hussain dan Makam Imam Soleh Ja’fari.
Pengarah USMB, saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Muhd Razman berkata HTU
merupakan medium terbaik bagi pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana dan
budaya Mesir.
“Diharapkan para peserta mendapat input yang berguna sepanjang program berlangsung serta mempraktikkan perkara yang dipelajari dalam kehidupan sebagai mahasiswa Islam di Mesir,” ujar beliau lagi.
“Diharapkan para peserta mendapat input yang berguna sepanjang program berlangsung serta mempraktikkan perkara yang dipelajari dalam kehidupan sebagai mahasiswa Islam di Mesir,” ujar beliau lagi.
Badan Kebajikan Anak Wilayah
Persekutuan Mesir mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan
berharap mereka dapat menggunakan peluang yang ada untuk mengutip segala ilmu
yang ada di sini dan seterusnya memberi khidmat bakti di Malaysia kelak.
'BKAWM Keluarga Kita'
'Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan'
Comments
Post a Comment