Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi MAIWP


Kaherah, 9 Mei – Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan bersempena dengan kehadiran rombongan tersebut dari Malaysia. Majlis telah diadakan pada 9 Mei yang lalu di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan.

Anak-anak Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan dari seluruh Mesir serta penghuni asrama  telah menghadiri majlis pada malam itu dengan kehadiran mencecah 150 orang.

Rombongan delegasi telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,  Tuan Haji Ismail Porjo serta empat orang pegawai MAIWP iaitu Tuan Saharuddin Sarwan (Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan), Tuan Faridilatras bin Abdul Rahman (Bahagian Baitulmal),serta Tuan Wan Mohd Sanusi Mohd Noor (Penasihat Undang-undang).
Majlis bermula selepas Maghrib, dimulai dengan ucapan daripada Pegawai Asrama, Encik Ahmad Yahya bin Muhd Haniff. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Faridilatras serta Tuan Haji Ismail Porjo.

Seterusnya, sesi soal jawab dibuka. Pelbagai persoalan, masalah,  cadangan mahupun komentar telah diajukan oleh hadirin yang hadir dan dijawab oleh wakil daripada MAIWP tersebut.

Majlis tamat sekitar jam 10.30 malam dan jamuan disediakan.

Semoga dengan Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi MAIWP kali berjaya membuka ruang perbincangan serta medium bagi suara anak-anak Wilayah Persekutuan mengemukakan pandangan dan cadangan. Selain itu, kehadiran Delegasi MAIWP juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan dua hala yang terbina dengan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sebagai persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.



“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]