[BERITA: Kunjung Hormat PPMM Mengeratkan Hubungan Dua Pihak]





KAHERAH, 13 November 2014- Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pengurusan Maiwp Mesir (PPMM) pada 11 November yang lalu. Kunjung hormat tersebut telah diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan BKAWM yang baru bagi sesi 2014/2015 di samping bagi memastikan kerjasama antara PPMM dan BKAWM terjalin padu.



Majlis tersebut bermula seawal jam 8 malam dengan sesi perkenalan diri barisan Ahli Jawatankuasa BKAWM. Kemudian, majlis diteruskan pula dengan sesi perkenalan diri serta ucapan daripada Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff selaku Pegawai Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Di dalam ucapannya, beliau berharap agar barisan kepimpinan BKAWM sesi ini dapat melakukan yang terbaik selaku badan kebajikan yang menaungi anak-anak Wilayah Persekutuan di samping dapat membantu PPMM di dalam mengesan ahli Wilayah Persekutuan khususnya yang tinggal di cawangan yang menghadapi masalah di dalam urusan zakat MAIWP.

Majlis ringkas ini yang diadakan di Perpustakaan Darul Madani, ARWP diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Majlis kunjung hormat ke Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir diakhiri dengan jamuan dan sesi fotografi.

Pihak BKAWM mengharapkan agar dengan kunjung hormat yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara BKAWM dan PPMM agar segala kerjasama yang dilakukan dapat dijalankan dengan lancar. Diharapkan juga agar pihak PPMM dapat memberikan kerjasama kepada BKAWM sebagai pemudah cara anak-anak Wilayah Persekutuan dalam menyelesaikan masalah kebajikan yang dihadapi oleh ahli.


“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
"Satu Fikrah Satu Amal"


Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]