[BERITA: Kursus Fotografi]
KAHERAH, 14 November 2014 – Unit Penerangan dan Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah
menganjurkan Kursus Fotografi pada 11
November 2014 yang lepas. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan serba
sedikit mengenai fotografi dan secara tidak langsung mencungkil bakat ahli
BKAWM dalam bidang ini.
Kursus
yang bermula pada pukul 8.00 malam ini telah disertai oleh 10 orang siswa dan
11 orang siswi dan telah berlangsung di Dewan Sri Putra, ARWP. Penyertaan
peserta kursus amat memberangsangkan kerana bilangan peserta telah memenuhi
sasaran program. Kursus tersebut telah disampaikan oleh saudara Muhammad Luqman
Hakim bin Abdul Halim yang merupakan mantan Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
BKAWM sesi 2013/2014.
Para
peserta telah diberi pelbagai input yang
menarik mengenai seni fotografi dan juga pengenalan berkaitan penggunaan kamera
‘Digital Single Lens Reflex’ atau lebih dikenali sebagai kamera DSLR. Bagi
memastikan sesi penerangan menjadi lebih efektif, pihak penganjur turut
menyediakan model-model kamera dan aksesori-aksesori yang berkaitan serta membekalkan
peserta dengan kertas kerja.
Pihak
BKAWM berharap agar melalui program ini dapat mencetuskan minat dalam kalangan ahli
khususnya dalam bidang seni fotografi seterusnya mampu melahirkan ahli yang
mahir dalam bidang ini. Semoga ilmu yang telah dipelajari diniatkan untuk
diamalkan dan dimanfaatkan kepada orang
lain lebih-lebih lagi dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.
“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
"Satu Fikrah Satu Amal"
"Satu Fikrah Satu Amal"
Comments
Post a Comment