JAULAH AULIYA' BAHNASA 2015


KAHERAH, 28 Januari 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 telah menganjurkan sebuah program iaitu Jaulah Auliya’ Bahnasa 2015. Jaulah ini dianjurkan bersempena waktu peperiksaan yang semakin hampir dengan tema “Menjejaki Sirah, Menelusuri Alam” pada 5 Disember 2016 untuk siswi dan 12 Disember 2015 untuk siswa. Antara objektif jaulah ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli untuk bertawassul serta menambahkan pengetahuan dan pengajaran kepada peserta tentang kisah para auliya’ dan syuhada yang berada di bumi Bahnasa’.

Antara tempat yang dilawati adalah Masjid Sidi Ali Al-Jummam, pokok Sayyidah Maryam, makam Sidi Ali al-Jumam (Gabenor Bahnasa), makam Sidi Ja’afari dan Ali iaitu anak kepada Aqil bin Abi Thalib, makam Saidina Ziyad bin Abi Sufiyan bin al-Harith bin Abdul Mutalib, makam Qubah Muhammad al-Khursi yang merupakan penulis kitab Fiqh, makam Sayyidah Ruqayyah, makam Hussin bin Soleh bin Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain bin Ali (cicit Saidina Hussain), makam Sidi al-Umair Muhammad bin Uqbah bin Nafi’, makam Qasim bin Umar dan Abdullah bin Umar, makam Sayyid Maisarah, makam Qa’qa’ bin Amir, makam Ubaidah bin Ubadah bin Somit, makam Sayyidah Khaulah a-Azwar dan makam Hussain bin Yahya bin Hasan al-Basri (cucu Hasan al-Basri).

Namun terdapat juga beberapa tempat di sekitar Bahnasa yang tidak dapat diziarahi kerana tidak dibenarkan oleh pihak yang mengawal keselamatan Bahnasa atas beberapa faktor keselamatan seperti Bahru Yusufi dan makam Saidina Muhammad bin Abdul Rahman bin Abu Bakar (cucu Saidina Abu Bakar).

Kemudian, Jaulah Auliya’ Bahnasa diteruskan ke destinasi terakhir iaitu makam Sab’u Banat (7 wanita) yang terletak tidak jauh dari masjid Sidi Ali al-Jumam. Di sana, kami telah menziarahi makam tujuh orang wanita yang syahid dalam peperangan melawan tentera Rom ketika pembukaan kota Bahnasa. Di sana juga terdapat satu telaga yang dikatakan mempunyai keberkatannya tersendiri dan satu kawasan luas seperti padang pasir yang dikatakan tempat beberapa orang alim berguling di atasnya. Berakhirnya progam Jaulah Auliya’ Bahnsah 2015 kali ini dengan lawatan ke Masjid Saidina Amru bin al-Asr.



Semoga jaulah kali ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada semua peserta di samping membantu peserta mengenali para auliya’ dan para sahabat serta menambah pengetahuan mereka terhadap sejarah Islam itu sendiri.
“Menjejaki Sirah, Menelusuri Alam” "Memperkasa kefahaman, Meneguh kebersamaan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]