[ KALAM PIMPINAN: SAHABAT CERMINAN DIRI ]



Bismillahirrahmanirrahim

قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّى كَانَ لِى قَرِينٌ()

Seorang di antaranya berkata: "Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). Surah as-Saffat, ayat ke-51.

Teman atau sahabat merupakan satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya bagi menghilangkan kesunyiaan hidup saat melayari kehidupan di dunia ini. Sebagai makhluk sosial kita tidak dapat melarikan diri daripada kehidupan bermasyarakat mahupun berteman. Layak bagi kita untuk memilih sahabat kerana sahsiah diri sedikit sebanyak dibentuk dari tingkah laku sahabat di sekelilingnya. Diibaratkan pencarian sahabat seperti mencari cermin yang terdapat pelbagai bentuk di muka bumi ini.

1. Gambaran di cermin akan meniru gerak langkah seseorang. Beruntunglah sekiranya kita mempunyai teman yang banyak melakukan amal soleh sehingga mendorong kita untuk melakukan hal serupa dengannya. Ingatlah keberuntungan yang besar sekiranya mempunyai sahabat seperti ini, Allah SWT mengizinkan bagi seorang hamba-Nya yang diganjarkan syurga untuk menarik sahabat di dunia yang bersama melakukan amalan kebaikan.

  رَبَّنَا إِخْوَانُنَا كَانُوا يُصَلُّونَ مَعَنَا وَيَصُومُونَ مَعَنَا وَيَعْمَلُونَ مَعَنَا‏.‏ فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى اذْهَبُوا فَمَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ دِينَارٍ مِنْ إِيمَانٍ فَأَخْرِجُوهُ

Maksudnya: Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulunya mereka solat bersama kami, puasa dan beramal bersama kami.

Maka Allah berkata: Pergilah kamu, maka sesiapa yang kamu jumpai dalam keadaan ada keimanan sebesar dinar dalam jantung hatinya maka keluarkanlah dia (menuju ke syurga).

(HR al-Bukhari)

2. Seseorang akan merujuk cermin bagi memperbaiki kekemasan diri. Jadilah sahabat yang jujur dalam memberikan muhasabah dan teguran agar sahabatmu boleh memperbaiki kelemahan diri.

Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan sentiasa menolong seorang hamba yang selalumenolong saudaranya.” (HR. Tirmidzi)

3. Gambaran di cermin tidak pernah menipu dalam memberi gambaran keadaan seseorang itu. Bilamana kita ceria gambaran di cermin turut ceria, bilamana kita berduka gambaran di cermin turut berduka. Jadilah kita seorang sahabat yang turut merasai perasaan sahabat lain.

صادق صديقا صادقا فصدق الصداقة في صديق صادق

Bersahabatlah dengan teman yang jujur dalam persabatannya kerana persabatan itu ada pada teman yang jujur.

Akhir kata, ikutilah akhlak Nabi Muhammad SAW dalam bersahabat yang menjadi cerminan bagi para sahabat r.a untuk mengikutinya malah hampir menyerupai tingkah laku Baginda SAW. Rasulullah SAW diibaratkan bulan purnama dan para sahabat r.a diibaratkan gugusan bintang di langit. Tempias cahayanya memantul ke arah gugusan bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi manusia yang tersesat di lautan.

Disediakan oleh:

WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2019/2020

"Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]