[ MAKLUMAN: DISCUSSION GROUP MANHAJI ]

[ MAKLUMAN: DISCUSSION GROUP MANHAJI ] 

Assalamualaikum wbt.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.
 
Setelah sekian lama berhempas pulas dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang lalu serta menyelesaikannya. Oleh itu, Discussion Group Manhaji akan bermula seperti biasa pada tarikh 9 Julai 2021.

Discussion Group yang dijalankan, bukanlah semata-mata memenuhi hari yang kosong. Tetapi, manfaatkanlah medium ini sebagai medan untuk kita memperbaiki diri, nasihat-menasihati antara satu sama lain bagi mempertingkatkan amal serta menambah pemahaman dan penghayatan Islam. 

Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.

Semoga Allah memberikan kita taufik untuk berkasih sayang sesama saudara kita yang beriman sebagaimana kita suka mendapatkan hal yang sama walau dimana mereka berada. 

Yang benar,
LUQMANULHAKIM BIN ZAMROSE
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2021

"Memperkukuh Keilmuan, Memeperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]