[ BERITA: IBRAH '21 ]

[ BERITA: IBRAH '21 ] 

KAHERAH, 21 Julai 2021: Bersyukur ke hadrat Ilahi, program IBRAH '21 telah selamat melabuhkan tirai pada 21 Julai 2021. IBRAH '21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan Hari Raya Aidiladha anak-anak Wilayah Persekutuan yang masih berada di Mesir. Program ini berlangsung selama 6 hari berturut-turut bermula dari 16 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021. 

Antara objektif program kali ini ialah:

1. Menyambut Hari Kebesaran Islam Aidiladha 1442H dalam norma baharu.
2. Memupuk sifat pengorbanan serta meningkatkan thaqafah melalui penghayatan ibadah korban.
3. Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.

Pada hari pertama program, telah berlangsung tazkirah subuh khas yang telah disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2020/2021, Saudari Syahidatul Aimi binti Khairuddin serta program gotong-royong dan penyediaan tempat penyembelihan dan pembuatan kandang.

Pada hari kedua, program dimulakan dengan daurah kitab yang berlangsung selama 3 hari yang telah disampaikan oleh Anggota Lembaga Penasihat BKAWM sesi 2021, Saudara Sheikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir yang bertajuk Fiqh Korban. 
Seterusnya, pada hari ketiga, program telah menyediakan makanan iftar jamaie untuk ahli yang berpuasa pada Hari Arafah dan diagihkan kepada setiap rumah. 

Seterusnya, pada 20 Julai sesi penyembelihan dan melapah binatang korban telah dilaksanakan. Aktiviti ini telah disertai oleh anak-anak Wilayah Persekutuan yang masih berada di bumi Mesir. Setelah selesai melapah, jamuan juga dihidangkan dan dibahagikan ke setiap rumah. 
Pada hari terakhir, telah berlangsungnya Majlis Penutupan IBRAH '21 yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021, Saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin yang bertempat di Surau, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu dan program menyediakan sedikit jamuan untuk ahli yang hadir di Majlis Penutupan. 
Akhir sekali, pihak program mengharapkan agar program kali ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan dan memupuk sifat pengorbanan dalam diri mereka walaupun dikala musibah pandemik virus COVID-19 sedang menular. Program juga berharap agar setiap ahli dapat mengambil ibrah serta merasai pengalaman menguruskan ibadah korban itu sendiri.

Disediakan oleh:
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA
Setiausaha,
IBRAH '21 BKAWM sesi 2021

"Memperkukuhkan Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]