
[ TINTA SISWA: ISLAM DAN IDEOLOGI SEMASA ] Firman Allah SWT: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah: Ayat 208) Akar umbi kepada sebuah pemikiran adalah akidah, jika ia rosak maka rosaklah keseluruhannya. Begitu juga diibaratkan seorang muslim yang pincang akidahnya akan mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat ciptaan manusia. Dalam tak sedar, benih kesesatan mula meresap dalam diri, halus dan membinasakan. Manusia mula merasa cara yang diajar Islam tidak relevan dalam urusan dunia moden kini. Bahkan, apa yang lebih parah apabila manusia berpandangan negara Barat dan Eropah adalah “role model” terbaik dalam menggapai kemajuan. Oleh sebab itu, pentingnya kita mendalam...