[ TINTA SISWA: ISLAM DAN IDEOLOGI SEMASA ]

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."

(Surah al-Baqarah: Ayat 208)

Akar umbi kepada sebuah pemikiran adalah akidah, jika ia rosak maka rosaklah keseluruhannya. 

Begitu juga diibaratkan seorang muslim yang pincang akidahnya akan mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat ciptaan manusia.

Dalam tak sedar, benih kesesatan mula meresap dalam diri, halus dan membinasakan. Manusia mula merasa cara yang diajar Islam tidak relevan dalam urusan dunia moden kini. 

Bahkan, apa yang lebih parah apabila manusia berpandangan negara Barat dan Eropah adalah “role model” terbaik dalam menggapai kemajuan. 

Oleh sebab itu, pentingnya kita mendalami Islam yang bersifat syumuliyyah dan kembali pada jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping tidak lupa untuk mengkaji ideologi moden yang semakin rancak dalam penyebaran dakyahnya.

Dan kita perlu ingat, meskipun serangan pemikiran tidak menggunakan senjata, namun racunnya lebih berbisa dan tanpa kita sedar nilai Islam luntur sedikit demi sedikit mengikut arus zaman.

Justeru, sentiasalah memohon perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhkan daripada fitnah akhir zaman.

Disediakan oleh:
UMMI MAISARAH BINTI RAMLI
Timbalan Unit Pusat Sumber Tenaga (PESAT),
Jabatan Setiausaha Agung BKAWM sesi 2021

"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"


 

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]