[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]


[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

8 DISEMBER 2023: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM. 

Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keprihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa/wi Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.

Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2023/2024 akan bermula pada pertengahan bulan Januari 2024. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2023/2024 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 8 Disember 2023.

NURIL ANWAR BIN IBRAHIM,
Yang Dipertua,
Merangkap Ketua Lajnah Perancang,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2023/2024.

"Melestarikan Kesatuan, Memperkasakan Kefahaman"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]