Posts

Serahan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Image
Mahasiswa & Mahasiswi Tajaan MAIWP

Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09)

Image
Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09) 14 Oktober - Seramai 100 orang mahasiswa/wi baru telah menyertai HTS’09. 12 orang mahasiswa/wi tajaan MAIWP dan 88 orang mahasiswa/wi daripada Yayasan Generasi Gemilang. Program selama 3 hari telah diisi dengan pengisian asas untuk mahasiswa baru seperti, Discussion Group (DG), pembentangan ilmiah, taklimat keselamatan, jaulah(lawatan) bersama fasilitator dan lain-lain lagi. Beberapa orang pimpinan mahasiswa Mesir telah dijemput khas untuk memberikan pengisian antaranya Ustaz Nazrul Nasir dan Ustazah Mazni. HTS ‘09 yang julung kalinya diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP ini di akhiri dengan persembahan kreatif dari setiap kumpulan. Ketika sesi majlis penutup, Muhammad Firdaus Bin Abdul Hadi dan Nihal Binti Mohamed Tarmizi telah terpilih sebagai peserta terbaik untuk HTS ‘09 kali ini. Tahniah diucapkan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA '09)

Image
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA '09) "Raya Dirai Kegembiraan Dirasai" begitulah tem a bagi SAHARA. Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutan Mesir sekali lagi telah berjaya menganj urkan program tahunannya iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA) 1430 dibawah seliaan Sdri. Aminatul Saheera binti Che An selaku pengarah program. Program ini berlangsung pada 3 Syawal 1430 bersamaan 22 hb September 2009. Aturcara program bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 10:30 malam. Terdapat pelbagai acara menarik yang telah disediakan kepada tetamu dan ahli BKAWM khususnya. Acara ini diserikan oleh Sdr. Mohd Zaidi bin Zainuddin dan Sdr. Mohzami Amri Mohammad sebagai pengacara majlis. Ucapan raya melalui michrophone bergerak dan panggilan terus ke Malaysia, program berhenti seketika untuk memberi laluan kepada maghrib. Acara kembali menghangatkan keadaan apabila pertandingan kostum terbaik yang dimenangi oleh En. Abdul Halim bin Sulaiman, berzanji yang diketuai oleh Sdr. Mohd R...

Hubungi Kami

Image
Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) Alamat : Malaysian Students Complex, 24 El-Mahdi Ibnu Barakah Street, 7th District Nasr City, Cairo, Arab Republic Of Egypt. No.Tel : Yang Dipertua: +201155647092 Jabatan Setiausaha Agung: +201144783748 Naib Pengerusi HEWI : +201114658823 Emel Rasmi : bkawm98@yahoo.com www.bkawm2u.blogspot.com ........................................................................................................ Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) : Tingkat 1, ARWP. No.Tel Pejabat / Fax : 0020222879711 ppmm_mesir@yahoo.com Pengurus Asrama MAIWP Mesir : Encik Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff H/p: +20119966448

SEJARAH

Image
Sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Kehendak semasa di bandaraya ibu kota adalah perangsang utama mahasiswa dan mahasiswi di bumi Mesir ini untuk mewujudkan sebuah persatuan khusus bagi melengkapkan generasi yang akan datang sebagai generasi pendakwah yang mampu menghadapi cabaran dan berketrampilan dalam menongkah arus kemodenan dan kemajuan. Selain daripada itu dengan adanya persatuan ini, ianya dapat membantu dan menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menuntut di bumi yang penuh dengan keberkatan ini. Maka terciptalah sejarah penting dalam rentetan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi Wilayah Persekutuan pada tanggal 19 Oktober 1998 bersamaan hari Isnin, Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur ringkasnya BKAKLM telah di tubuhkan secara rasminya. Badan ini telah diisytiharkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku jawatankuasa penaja BKAKLM. Majlis bersejarah tersebut telah diadakan di Dewan Syeikh Sya`rawi, Haiyu Sabeik dan dirasmi...