Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09)

Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09)

14 Oktober - Seramai 100 orang mahasiswa/wi baru telah menyertai HTS’09. 12 orang mahasiswa/wi tajaan MAIWP dan 88 orang mahasiswa/wi daripada Yayasan Generasi Gemilang.

Program selama 3 hari telah diisi dengan pengisian asas untuk mahasiswa baru seperti, Discussion Group (DG), pembentangan ilmiah, taklimat keselamatan, jaulah(lawatan) bersama fasilitator dan lain-lain lagi.

Beberapa orang pimpinan mahasiswa Mesir telah dijemput khas untuk memberikan pengisian antaranya Ustaz Nazrul Nasir dan Ustazah Mazni.

HTS ‘09 yang julung kalinya diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP ini di akhiri dengan persembahan kreatif dari setiap kumpulan. Ketika sesi majlis penutup, Muhammad Firdaus Bin Abdul Hadi dan Nihal Binti Mohamed Tarmizi telah terpilih sebagai peserta terbaik untuk HTS ‘09 kali ini. Tahniah diucapkan.

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah