Posts

PULANGNYA SEORANG PERMATA BKAWM

Image
KAHERAH, 16 OKT.- Jasa mu sentiasa akan dikenang. Itulah ungkapan yang terbaik kepada Saudara Khairul Aswad yang merupakan seorang aktivis Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang sentiasa membantu BKAWM dalam apa jua keadaan sekali pun. Kepulangannya sungguh dirasai oleh semua ahli BKAWM. Kepulangannya ke Malaysia bagaikan sebutir mutiara yang tiada gantinya. Saudara Aswad yang memulakan kerjayanya di BKAWM sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKAWM memegang portfolio Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan sesi 2008/2009. Beliau merupakan graduan Maahad Al-Azhar Syoubra telah menamatkan pembelajarannya tahun lepas sebelum menyambung pengajian ke Syria untuk mengambil Kuliah Bahasa Arab di sana. Walaupun beliau sudah menamatkan pengajian tetapi komitmen beliau dengan persatuan tetap berterusan sehingga sebelum beliau pulang ke Malaysia semalam. Turut hadir untuk menghantarnya ialah mantan-mantan AJKT BKAWM, Saudara Roslizan, Saudara Khairul Afandi,Saudara Hisyam man...

Taklimat Fasilitator mendapat sambutan

Image
> Dewan Sri Putra ARWP, 15 OKTOBER – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir di bawah Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan telah mengadakan satu slot Penerangan Manhaj Discussion Group (DG) . Program bermula dengan slot Penerangan Manhaj Discussion Group (DG) oleh saudara Fairuz Bin Mohd Shuaib yang telah dihadiri oleh ketua-ketua fasilitator dan AJKT BKAWM. Slot yang bermula pada pukul 8 malam itu telah didedahkan dengan kepentingan Discussion Group (DG), peranan Fasilitator dan perbincangan masalah-masalah yang timbul. Beberapa buah buku yang telah dijadikan sebagai Manhaj (silibus) Discussion Group (DG) turut dibincangkan antaranya ialah Sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie, Hadith 40 dan Apa Erti Saya Menganut Agama islam. Keperihatinan yang diharapkan kepada ketua Fasilitator oleh Unit Dakwah sendiri bagi memastikan perjalanan Discussion Group (DG) bergerak lancar pada tahun ini. Program berakhir pada Jam 10:30 malam dengan kesimpulan yang cukup memberi perhatian kepada sidang...

PPMM Dan BKAWM Mencipta Sejarah Tersendiri

Image
Kaherah, 10 Okt.- Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan jayanya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan program terbesar sepanjang tertubuhnya PPMM dan BKAWM di bumi Mesir iaitu Perasmian Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Majlis perasmian itu yang disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau yang hadir bersama deligasi dari Malaysia datang di atas urusan kerja sanggup meluangkan masa untuk merasmikan asrama tersebut dan juga beramah mesra bersama pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Bumi Anbiya' ini. Disamping itu juga, diadakan juga program Semarak Syawal bersama Y.B. Menteri dengan anak-anak Wilayah. Majlis yang di hadiri oleh kebanyakan pegawai kerajaan dan juga negeri, YDP-YDP setiap negeri dan juga tidak ketinggalan ...

Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM Sesi 2011/2012

ARWP Akhirnya Dirasmikan

Image
KAHERAH 7 Okt. - Nasib para pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir kini semakin mendapat perhatian apabila bangunan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) di Bandar Nasr di sini, dirasmikan semalam.

Delegasi Pertama Tiba, Bahang Perasmian ARWP Terasa

Image
(dari kiri-Dr.mohammad yamin, mohd(Attal Groups), Tuan Hj Anan) Kaherah, 1 Oktober,; Delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang pertama telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada jam 05:00 petang tadi.

MAT-12 : Harapan Kerjasama Terus Terjalin BKAWM-PPMM

Image
25 September, ARWP. Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke-12 telah dirasmikan oleh En.Ahmad Yahya Mohd Haniff,Pengurus