Taklimat Fasilitator mendapat sambutan





>
Dewan Sri Putra ARWP, 15 OKTOBER – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir di bawah Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan telah mengadakan satu slot Penerangan Manhaj Discussion Group (DG) . Program bermula dengan slot Penerangan Manhaj Discussion Group (DG) oleh saudara Fairuz Bin Mohd Shuaib yang telah dihadiri oleh ketua-ketua fasilitator dan AJKT BKAWM.

Slot yang bermula pada pukul 8 malam itu telah didedahkan dengan kepentingan Discussion Group (DG), peranan Fasilitator dan perbincangan masalah-masalah yang timbul. Beberapa buah buku yang telah dijadikan sebagai Manhaj (silibus) Discussion Group (DG) turut dibincangkan antaranya ialah Sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie, Hadith 40 dan Apa Erti Saya Menganut Agama islam.

Keperihatinan yang diharapkan kepada ketua Fasilitator oleh Unit Dakwah sendiri bagi memastikan perjalanan Discussion Group (DG) bergerak lancar pada tahun ini. Program berakhir pada Jam 10:30 malam dengan kesimpulan yang cukup memberi perhatian kepada sidang hadirin dan jamuan yang disediakan oleh LDPI BKAWM 2010.

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]