FAMILY '13 Meriah!
KAHERAH, 31 Mac – ‘BKAWM Keluarga Kita’ merupakan tema yang telah meyatukan anak-anak Wilayah Persekutuan dalam Festival Mesra Wilayah 2013 (FAMILY ’13) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Program yang bertujuan mengumpulkan anak-anak Wilayah Persekutuan ini telah dijalankan bermula 27 sehingga 30 Mac 2013 di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan serta beberapa tempat di sekitar Kaherah. Antara objektif yang telah disusun ialah mengukuh dan mengeratkan ukhuwah sesama anak-anak Wilayah Persekutuan. Selain itu, FAMILY ’13 juga telah dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan ahli terutama mengenai kekeluargaan dan kesihatan. Bukan itu sahaja, antara objektif lain penganjuran FAMILY ’13 ialah membentuk sahsiah dan gaya hidup individu muslim yang sihat. Program yang telah dijalankan dengan jayanya selama empat hari berturut-turut ini telah mendapat sambutan dan pendaftaran melebihi jangkaan daripada anak-anak Wilayah Persekutuan. Pelbagai akti...