Cairo Exploration anjuran UPKS


Cairo, 7 Feb : Seramai 42 orang pelajar terdiri daripada 36 orang peserta dan 6 orang musyrif telah menyertai lawatan sulung ini. Lawatan Cairo Exploration yang dianjurkan oleh Unit Perumahan Kesenian dan Sukan UPKS BKAWM.

Lawatan ini diketuai oleh Ustaz Faiz Mat Zaid. Lawatan Cairo Exploration ini diadakan dengan jayanya kerana ianya buat kali pertama pada tahun ini yang bertujuan untuk membuka mata peserta untuk mengenali 1001 sejarah bumi Anbia’ ini.


Penyertaan lawatan ini dikalangan pelajar perubatan dan pengajian Islam. Lawatan seperti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar khususnya antara pelajar perubatan dan pengajian Islam. Cairo Exploration telah membawa pelajar untuk mengenali tempat-tempat bersejarah di sekitar Kaherah. Antara tempat lawatan ialah maqam para ulama dan aulia. Masjid Saidina Hussain yang terdapat maqam cucu Rasulullah,Masjid Al-Azhar, Masjid Sultan Hassan atau dikenali sebagai Masjid Empat Mazhab, Kubu Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi tempat menarik yang dilawati.




kenangan di Kubu Salahuddin


Melihat sejarah di Masjid Sultan Hassan


khusyuk. Ustaz Faiz pada sesi penerangan


kelihatan Ketua UPKS ustaz Mohd Adlly (kanan) dan AJK yang lain


Peserta didedahkan sejarah disetiap tempat lawatan

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]