Ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010

Ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010


suarahewi.jpgPada tanggal 13 April 2010, telah bertukar tampuk kepimpinan Badan Pengurus (BP HEWI) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010. PMRAM yang merupakan persatuan Mahasiswa induk yang menaungi 12 Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) menyaksikan kepada seluruh persatuan dalam dan luar negara akan kewibawaan dan keizzahannya yang menarik perhatian pelbagai pihak.


Pelbagai agenda pembawakan telah digariskan bersama oleh kepimpinan PMRAM 2010. Begitu juga dengan Kepimpinan AJKT HEWI PMRAM dalam membawa agendanya kepada seluruh mahasiswi di Perlembahan Nil ini. HEWI PMRAM pada pentadbirannya kali ini telah memilih tema “Kesatuan Ukhuwwah Manifestasi Tarbiyah”. Ini menunjukkan bahawa HEWI PMRAM mengambil berat terhadap kebajikan mahasiswi dari sudut tarbiyah sama ada lahiriah dan rohaniah. Tarbiyah merupakan elemen penting dalam membentuk jiwa-jiwa yang mengetahui matlamat dan sebab kewujudannya sebagai penghuni dan khalifah di muka bumi Allah SWT ini. Sirah baginda Rasulullah SAW cukup menjadi bukti kepada kita akan kepentingan tarbiyah dalam pembentukan individu muslim yang benar-benar bertaqwa.


Kemunduran dan kealpaan dalam konsep tarbiyah umat Islam pada hari ini adalah penyebab utama kepada berlakunya pelbagai gejala tidak sihat yang menimpa individu muslim di semua peringkat sama ada golongan muda atau lama. PMRAM telah mengambil peranannya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah HISBAH di Bumi Mesir ini. PMRAM menggunakan konsep “amar makruf nahi mungkar” adalah tanggungjawab bersama. Biah solehah di peringkat PMRAM Pusat dan Cawangan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menghidupkan dan meningkatkan keizzahan mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini.


Selain itu, AJKT HEWI PMRAM turut menumpukan terhadap jalinan ukhuwwah dalam kalangan mahasiswi agar diperkemas dan dimantapkan. Ukhuwwah yang baik akan memberikan impak yang positif terhadap pembangunan sesebuah masyarakat. Ukhuwwah tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Lihat sahaja kepada kesan persaudaraan antara kaum Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansor dalam menobatkan perjuangan Islam. Ini membuktikan bahawa kesatuan ukhuwwah memberikan kesan positif kepada pelaksanaan tarbiyah yang lebih berkesan.


Ana selaku ketua bagi seluruh Mahasiswi ahli PMRAM mengharapkan segala tarbiyah yang diberikan PMRAM bukan hanya disemadikan dalam diri sahaja bahkan disebarkan kepada manusia di sekelilingnya. Bukan mudah bergelar sebagai mahasiswa/wi Mesir, perlu diingat bahawa mentaliti masyarakat kita di Malaysia kini memandang serius terhadap penampilan dan ketinggian nilai ilmu yang ada pada diri mahasiswa/wi.


Di kesempatan ini, ana mewakili barisan kepimpinan AJKT HEWI PMRAM 2010 mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama sahaja lagi. Panjatkan doa kepada Tuhan Semesta Alam. Jauhilah perkara-perkara yang mungkar dan tegakkanlah perkara-perkara yang makruf.


Sesungguhnya tugas ini tidak terpundak kepada Lajnah dan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM Pusat dan PMRAM cawangan semata-mata, tetapi sedarlah ia merupakan tanggungjawab bersama bagi insan yang melafazkan dua kalimah syahadah. Setiap hembusan pernafasan, tutur bicara dan tingkah laku akan dihitung oleh Pemilik Sekalian Makhluk. Usaha, Doa dan Tawakkal.


Salam imtihan,

Norhafiza Abdul Wahab,
Timbalan Pengerusi HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]