Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-77 Memantapkan Fikrah Ahli

Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-77 Memantapkan Fikrah Ahli


_dsc0221.jpgKAHERAH, 13 April – Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-77 telah menutup tirainya dengan pembubaran pentadbiran Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2009 tepat jam 11.15 malam. Pengumuman pembubaran pentadbiran PMRAM 2009 telah diumumkan oleh Saudara Abdul Mu’izz bin Muhammad selaku Presiden PMRAM 2009. Sebelum itu, ucapan penangguhan telah dibuat oleh semua barisan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM 2009.

Muktamar Sanawi ataupun dikenali sebagai Ijtimak Umumi menghimpunkan perwakilan PMRAM yang berada di semua cawangan PMRAM di seluruh Mesir yang terdiri daripada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM). Sebanyak 20 Cawangan yang dihadiri oleh 700 orang perwakilan dari seluruh Mesir menghadiri Muktamar Sanawi kali ini yang berlangsung di Stadium Nadi Riadhi Madinat Nasr. Program yang berlangsung dengan jayanya bermula pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan Majlis Perasmian iaitu dengan ucapan Pengarah Muktamar Sanawi, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias dan Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mu’izz bin Muhammad. Beliau yang merasmikan Muktamar Sanawi kali ke-77 sekaligus melakukan gimik perasmian sempena menyambut Ulangtahun 80 Tahun PMRAM dengan gimik memotong kek. Sebelum itu, beliau melancarkan Komik Al-Fityan edisi ke-5 yang siap diterbit pada awal bulan April. Komik Al-Fityan merupakan salah satu lapangan dakwah mahasiswa Islam Mesir dalam meneruskan lagi agenda PMRAM memberikan dakwah secara kontemporari. Selain itu juga, Komik Al-Fityan cuba untuk menyampaikan idealisme kemahasiswaan melalui penulisan dan lukisan karikatur. Setelah itu, majlis perasmian diserikan lagi dengan tayangan slide show 80 tahun PMRAM.

Persidangan Muktamar Sanawi diteruskan lagi dengan agenda pembentangan laporan aktiviti tahunan, perbahasan usul, _dsc0256.jpgucapan dasar Presiden PMRAM 2010, dan perbahasan ucapan dasar Presiden dari setiap perwakilan. Seramai 18 orang megambil bahagian dalam perbahasan ucapan dasar Presiden PMRAM 2010. Dan rata-rata pembahas kali ini menunjukkan peningkatan dan sikap kematangan dalam membahaskan sesuatu isu. Seterusnya persidangan Muktamar Sanawi meyaksikan perletakan jawatan kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM 2009 yang telah diumumkan oleh Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mui’zz Muhammad.

Justeru, pengisytiharan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM bagi sesi 2010 telah diumumkan secara rasmi oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2009 iaitu Saudara Mohd Rafzan bin Razak sekitar jam 12.10 pagi. Kemudian, majlis berakhir dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan Mohd Hazime. Beliau berharap agar seluruh ahli dapat menggemblengkan seluruh tenaga dan kekuatan untuk memperkasakan lagi tema PMRAM pada tahun ini “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah”.

-EhsanWeb PMRAM WWW.PMRAM.ORG

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah