2 Usul Diterima Dalam Muktamar Sanawi Kali Ke-77

2 Usul Diterima Dalam Muktamar Sanawi Kali Ke-77


beritpmram.jpgKAHERAH, 13 April – Ijtimak Umumi atau Muktamar Sanawi kali ini menerima 9 usul daripada para perwakilan. Usul tersebut telah dibuka pada 7-10 April dan usul tergempar pada 13 April. Lantaran daripada itu, hanya 2 daripada 9 tersebut telah diterima sebagai usul manakala baki daripadanya telah diterima sebagai cadangan untuk pentadbiran PMRAM akan datang.

Dengan hala tuju “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah”, satu usul yang dibawa oleh bakal Presiden PMRAM 2010 yang berbunyi. “ Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :- Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius. Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan.”. Usul tersebut telah dibawa oleh Saudara Shahrizan Mohd Hazime dan telah diterima secara bulat oleh semua perwakilan dengan perbahasan yang panjang.

Usul yang kedua dengan hala tuju untuk mengembalikan semula suara dan izzah mahasiswa Islam yang terus dipandang sepi oleh sesetengah pihak telah dibawa oleh Saudara Firdaus Mazlan dengan usul yang berbunyi “Mendesak pihak berwajib meningkatkan peranan dan integriti dalam menangani isu mahasiswa dengan lebih serius dan adil” .Di dalam usul tersebut, Saudara Firdaus Mazlan menekankan supaya pihak berwajib dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti, amanah serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Usul ini telah dibahas dengan panjang dan telah disokong oleh para perwakilan.

Di akhir sesi usul dan cadangan, Presiden PMRAM 2009 menekankan kepada semua perwakilan agar bersama-sama menjayakan dan menggemblengkan lagi kekuatan mahasiswa dan mahasiswi di setiap peringkat Cawangan PMRAM di BKAN dan DPM dalam menjayakan lagi usul yang telah dibawa. Semoga usul pada tahun ini akan menjadi satu titik realiti untuk meningkatkan serta memantapkan lagi kredibiliti mahasiswa Islam Mesir tidak kira diperingkat Pengajian Islam mahupun Perubatan selari dengan tema PMRAM pada sesi baru “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah”

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]