MUTHAQQAF ’10 Menjana Kesedaran Ahli















22,JULAI 10- Minggu Thaqafah Taakhi 2010 (MUTHAQQAF ‘10) dengan jayanya telah berlangsung selama 3 hari pada 20 hingga 22 julai yang lalu. MUTHAQQAF ’10 telah dianjurkan secara bersama atau taakhi antara BKAN Wilayah Persekutuan dan BKAN Pulau Pinang.

Program thaqafah yang buat julung kalinya diadakan secara bersama ini telah dirasmikan oleh al-fadhil Ustaz Mohd Al-Hidayat Bin Khalid selaku wakil Presiden PMRAM.

MUTHAQQAF ’10 ini telah menampilkan kepada hadirin pembentangan kertas kerja,diskusi kitab,kursus, serta kejohanan ping-pong taakhi. Antara kertas kerja ilmiah dan akedamik yang bentangkan ialah kiamat dari sudut sains oleh Ustaz Mohd Mujahid Fadhil(fellow MANHAL), komunikasi oleh Ustaz Ahmad Hanif Hj Naim (Pegawai Johor), softskill menarik hati patient oleh Dr.Azhan Hamdan (Pengerusi Perubatan Tanta), dan pemuda-pemudi agen perubahan disampaikan oleh Ustaz Mohd Fairus Shuib.

Dua kitab yang telah dikupas dalam MUTHAQQAF ’10 , Ustaz Fairuz Tamjis telah mengupas kitab berkenaan hukum-hakam berkaitan muallaf, dan kitab karangan Dr.Yusof Qardhawi iaitu Risalah Al-Azhar yang telah dikupas oleh tiga pembentang iaitu Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain, Ustaz Sheikh Mujahid Sheikh Nawawi (BP PMRAM), Dan Ustaz Mohd Zuhaili Bin Saiman (Timb.Presiden).

Ternyata antara objektif program ini iaitu mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa BKAN Wilayah dan P.Pinang akhirnya tercapai. Ukhuwah yang sedia terjalin ini lagi dieratkan dengan kejohanan ping-pong taakhi yang telah dibuka kepada BKAN serta DPM taakhi di zon B.

Perasmian penutup MUTHAQQAF ’10 pada 22 julai telah rasmikan oleh Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) En.Ahmad Yahya Mohd Haniff. Apa yang diharapkan oleh Pengarah dan barisan jawatankuasa pelaksana MUTHAQQAF ’10 ialah mahasiswa-mahasiswi antara Wilayah dan Pulau Pinang menjana kesedaran terhadap perihal pentingnya persediaan thaqafah dalam jiwa seorang pemuda dalam persediaan selaku mahasiswa Islam. Semoga segala yang telah dicurahkan dalam MUTHAQQAF ’10 ini dapat mewujudkan suatu anjakan paradigma kepada sidang hadirin.





























Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah