Kalam Pimpinan - Ramadhan Bulan Ibadah, Ukhuwah Dan Thaqafah

Alhamdulillah segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan. Setinggi-tinggi pujian kita ucapkan kepadaNya kerana sekali lagi kita semua dipertemukan dengan bulan yang mulia dan penuh barakah ini iaitu bulan Ramadan al-Mubarak. Selawat dan salam buat junjungan besar penghulu sekalian nabi dan rasul, Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarganya, para sahabat baginda serta seluruh barisan alim ulama pengkaji ilmu yang bertungkus lumus memastikan Islam sampai kepada kita pada hari ini. Pastinya kehadiran Ramadan yang dinantikan ini memberi seribu makna bagi seluruh umat Islam khususnya di bumi anbiya . Sepertimana yang kita ketahui, bulan Ramadhan, tersembunyi di dalamnya pelbagai kelebihan dan ganjaran yang telah Allah sediakan untuk hambaNya yang bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dengan ikhlas. Setiap lapisan muslim berusaha beribadah dengan sebaik mungkin agar segala amal yang dilakukan diganjari pahala oleh Allah dan mendapat red...