Tabung Kebajikan - Sumbangan Terus Disalurkan

Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir melalui Unit Tabung Kebajikan tetap meneruskan agenda kebajikan walaupun dalam musim peperiksaan yang baru saja berlalu. Beberapa kes dan permasalahan yang berlaku terhadap ahli telah menarik perhatian Tabung Kebajikan BKAWM untuk menghulurkan bantuan.

Pada 13 Jun 2012, sebuah rumah di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir iaitu rumah 302 yang didiami oleh beberapa orang mahasiswi telah dipecah masuk sekitar jam 12.00 tengah hari. Antara barang yang didapati hilang ialah sebuah telefon bimbit dan sebuah beg yang bersama di dalamnya wang berjumlah LE300. Kejadian ini melibatkan 2 orang mangsa iaitu saudari Maryam binti Ab Radzak dan saudari Diyana binti Ahmad.

Sementara itu di Iskandariah, seorang mahasiswi, saudari Nurul Ashikin binti Hj Kamaruddin yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung BKAWM sesi 2011/2012 menghidapi penyakit batu karang. Kos pembedahan dan rawatan dianggarkan bernilai LE3750. Doktor yang merawat menasihatkan agar pembedahan ini dijalankan segera untuk mengelakkan penyakit ini bertambah serius.

Naib Pengerusi HEWI 2, saudari Siti Norhalimah binti Salleh mewakili BKAWM untuk melahirkan rasa simpati dan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan kepada ketiga-tiga ahli BKAWM tersebut. “Semua ahli khususnya mahasiswi harus lebih berhati-hati walaupun tinggal di ARWP” ujar beliau. Saudari Siti Norhalimah juga menyeru agar setiap ahli sama-sama mendoakan agar pembedahan dan urusan saudari Nurul Ashikin dipermudahkan.

“ KESATUAN UKHUWAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]