Selamat Pulang Pejuang BKAWM


17 JULAI, ARWP. Suasana di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan diselubungi kesayuan atas kepulangan seorang lagi figura yang begitu berjasa kepada BKAWM. Majlis kesyukuran dan perpisahan yang telah diadakan adalah bersempena kepulangan Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari dan di atas kejayaan beliau di dalam peperiksaan syahadah Takhassus Qiraat di Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra baru-baru ini.

Majlis telah dimulakan dengan solat sunat hajat dan bacaan doa selamat selepas solat fardhu Maghrib. Kemudian majlis diteruskan selepas solat sardhu Isyak, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua BKAWM yang telah menggambarkan penghargaan kepada Saudara Mohammad Adlly atas segala jasa yang telah beliau curahkan khususnya kepada BKAWM.Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Saudara Mohammad Adlly sendiri sebagai ucapan terakhir beliau kepada ahli BKAWM dan seluruh rakan seperjuangan yang telah berkhidmat bersama-sama dengan beliau.

Kemudian, majlis diserikan dengan alunan nasyid yang telah disampaikan oleh kumpulan nasyid BKAWM iaitu kumpulan Paradise. Paradise menyampaikan lagu-lagu yang menggamit kenangan saudara Mohammad Adlly selama berada di Mesir selain lagu permintaan beliau sendiri. Seterusnya majlis diakhiri dengan tayangan video kenangan beliau bersama BKAWM dan PMRAM sepanjang keberadaan di sini dan jamuan makan.

Saudara Mohammad Adlly mula bersama dengan BKAWM ketika urusan pemindahan ahli ke ARWP pada tahun 2008. Pada tahun seterusnya beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM Sesi 2009/2010 sebagai Ketua Unit Perumahan, Kesenian dan Sukan (UPKS). Pada sesi berikutnya beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua dan akhirnya pada sesi ini telah menjadi salah seorang daripada penasihat BKAWM.

Kepulangan beliau adalah satu kehilangan yang besar buat BKAWM. Selain daripada tugas sebagai AJKT dan penasihat, banyak lagi kerja-kerja di luar portfolio yang telah beliau laksanakan demi kebaikan ahli. BKAWM mengharapkan agar Saudara Mohammad Adlly akan terus istiqamah dalam perjuangan. Sebagaimana beliau telah menyinar berbakti di sini, begitu jugalah harapan kami agar beliau terus bersinar dan berkhidmat di tanah air. Semoga kepulangan beliau menjadi inspirasi kepada generasi baru.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]