Majlis Perasmian IHTIRAM '13


Kaherah, 10 Julai – Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menganjurkan program Ihya’ Ramadan dan Haflah Aidilfitri (IHTIRAM ’13) yang bertemakan Ramadan Dihayati, Sunnah Diaplikasi, Ukhuwah Dipatri.

IHTIRAM ’13 mempunyai 3 objektif utama iaitu,
1. Menghidupkan suasana di bulan Ramadan dengan pengisian thaqafah
2. Menjalin dan mengeratkan ukhuwah yang terbina antara ahli BKAWM
3. Memastikan bulan Ramadan dipenuhi dengan ibadah
Majlis perasmian telah bermula selepas solat fardu  Asar dengan lantunan qasidah memuji baginda Nabi Muhammad SAW. 
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis. Ucapan pengenalan IHTIRAM ’13 telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Saudara Ahmad Faris bin Mazlan. Ucapan turut disampaikan oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria selaku Yang Dipertua BKAWM sesi ini.

Ucapan perasmian IHTIRAM ’13 peringkat BKAWM telah diberikan oleh Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengurus Baitulmal di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau juga telah melancarkan gimik perasmian IHTIRAM ‘13 dengan jayanya.
Majlis turut diserikan dengan tayangan Video Promo IHTIRAM ‘13. Majlis diakhiri dengan Iftar Jama’ei bersama semua yang hadir.

IHTIRAM ’13 merupakan program yang telah dianjurkan bagi memastikan jiwa dan rohani kita diisi dengan pengisian yang mampu mendekatkan diri kepada Allah, selain masa terluang kita digunakan bagi perkara bermanfaat.
Semoga IHTIRAM ’13 berjalan lancar dan mencapai objketifnya. Ramadan Kareem.


Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]