Bengkel Khat Kufi Murabba' Latih Bakat Baru


Kaherah, 28 Julai - Pada 28 Julai 2013, Unit kebudayaan , Keseniaan dan Sukan telah menganjurkan Bengkel Khat Berkomputer  ( Kufi Murabba’ ) bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’.
Bengkel Khat yang bermula pada jam 2 petang itu, telah disertai 12 orang peserta dan seorang tenaga pengajar.  Bengkel tersebut dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan diikuti dengan ucapan Ketua Unit Kebudayaan , Keseniaan dan Sukan, Saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh.
Tenaga pengajar yang telah dijemput khas ialah Saudara Ahmad Jurjani bin Hishamuddin, yang merupakan Mahasiswa Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar.

Para peserta diberikan pengenalan tentang khat terutamanya khat Kufi Murabba’,  sebelum khat berkomputer diajar. Para peserta kemudianya telah diberikan tugasan untuk membentuk kalimah ‘Muhammad’ , ‘Bimillahirahmanirahim’ dan banyak lagi.
Semoga dengan berjayanya bengkel ini, dapat melahirkan ahli yang berkemahiran dalam seni khat berkomputer.

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]