Dua Kelahiran yang Dinanti


Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2012/2013 mengucapkan sekalung tahniah kepada Ustaz Hairul Nizam bin Mat Hussain, mantan Yang Dipertua BKAWM (sesi 2005/2006 dan 2006/2007) beserta isteri, saudari Noor Hafizah Samsudin atas kelahiran mujahid ketiga 25 Julai yang lalu.

Semoga mujahid ini bakal menjadi penerus perjuangan Islam serta sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.

Ucapan tahniah juga
diucapkan kepada Saudara Muhammad Haziq Hj Rosli dan pasangannya, Saudari Akmal Hafizah Mohamad Fuad atas kelahiran cahaya mata perempuan.

Cahaya mata sulung ini telah selamat dilahirkan pada 27 Julai yang lalu, jam 5.30 pagi.

Semoga mujahidah ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT, dikurniakan keberkatan di dunia dan akhirat, serta menjadi penerus perjuangan menegakkan Islam.





'BKAWM Keluarga Kita'
'KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN'

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]