Kepulangan Permata BKAWM




KAHERAH, 7 Oktober 2013 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan kepulangan seorang lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti selama penubuhan BKAWM. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Ab Samad bin Abdul Aziz, graduan Ijazah Fakulti Dakwah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah.
Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz merupakan antara ikon yang tidak asing lagi dalam rentetan sejarah BKAWM yang dahulunya pernah dikenali sebagai Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir (BKAKLM). Pelbagai pengalaman pahit manis telah beliau tempuhi bersama sahabat – sahabat seperjuangan yang lain.
Saudara Ab Samad telah memberikan sumbangan yang terlalu besar kepada BKAWM. Antara jawatan yang pernah beliau sandang dalam organisasi BKAWM ialah Timbalan Yang Dipertua, merangkap Lajnah Dakwah dan Tarbiah pada sesi 2008/2009. Seterusnya, beliau juga telah diamanahkan taklifan sebagai Yang Dipertua pada sesi 2009/2010. Semasa sesi tiga tahun berikutnya, Saudara Ab Samad telah memegang jawatan sebagai Penasihat BKAWM.
Bagi meraikan tokoh BKAWM yang telah banyak berjasa ini, Unit Kebajikan telah menganjurkan Majlis Perpisahan pada 6 Oktober yang lalu. Majlis telah dimulai dengan kata-kata penghargaan daripada Yang Dipertua sesi 2012/2013, saudara Muhd Bazli bin Zakaria. Seterusnya, majlis diteruskan dengan kalam-kalam taujihat daripada Saudara Ab Samad. Antara pesanan beliau ialah agar meneruskan ukhuwah yang telah terbina antara kita serta menjaga kesatuan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Beliau turut memohon maaf agar atas kekurangan sepanjang keberadaan di Mesir. Di akhir majlis, Saudara Ab Samad telah dianugerahkan Tokoh Anugerah Emas BKAWM.
Barisan kepimpinan serta seluruh ahli BKAWM mengucapkan selamat pulang ke tanah air tercinta kepada permata BKAWM ini. Harapan dari seluruh ahli BKAWM untuk melihat anda terus berjuang dalam menyampaikan risalah Allah dan Rasulullah SAW di Malaysia pula.

"BKAWM Keluarga Kita"
"KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"













Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]