DISCUSSION GROUP (DG) AMALI GABUNGAN SISWA SEBELUM PEPERIKSAAN

KAHERAH, 28 Disember 2014 - Seperti sedia maklum, sekarang merupakan tempoh dihentikan semua aktiviti selain daripada aktiviti berbentuk pendidikan dan akademik untuk waktu sementara bagi memberi laluan kepada ahli-ahli BKAWM mengadakan persediaan bagi menghadapi musim peperiksaan fasa pertama bagi sesi ini. Begitu juga dengan Discussion Group (DG) secara bersilibus. Namun begitu, DG Amali masih berjalan seperti biasa bagi memastikan hubungan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKAWM terus terjalin meskipun ketika musim peperiksaan.

          Justeru, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2014/2015 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan DG Amali Gabungan di peringkat siswa pada hari Jumaat yang lalu dengan mengadakan sukan futsal.


           DG Amali Gabungan pada kali ini diadakan di Nadi Ijtimaie Ath-Tahaqafi atau lebih dikenali sebagai Gunners. Permainan bermula pada jam 6 petang hingga 7 malam. Seusai permainan futsal bersama, acara diteruskan dengan penyampaian kalam taujihat sempena peperiksaan oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria, Ketua Unit Bait Muslim BKAWM sesi 2014/2015 diikuti dengan amanat daripada Yang Dipertua BKAWM, saudara Muhammad Yasin bin Awang.

          Aktiviti berjalan dengan lancar dengan kehadiran ahli-ahli DG dan barisan AJKT BKAWM yang turut hadir. "Semoga peperiksaan yang bakal menjelma menjadikan hubungan sesama ahli BKAWM semakin erat lalu menatijahkan kecemerlangan bersama." ujar saudara Muhd Bazli.

"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]